in ,

Mahu Menang Percutian di Lokasi Menakjubkan, Sertai Peraduan 12 BULAN 12 DESTINASI Anjuran Nu-Prep

Nu-Prep Bakal Bawa Anda Terbang Ke Istanbul, Sydney, Tokyo & Banyak Lagi Lokasi Menarik Menerusi 12 Bulan 12 Destinasi

Teringin untuk memenangi tiket percutian bersama pasangan anda meneroka destinasi menarik serata dunia? Mahu dapatkan peluang mengembara ke 12 destinasi menakjubkan? Nu-Prep ada caranya! Buat julung kalinya Nu-Prep bakal melancarkan sebuah kempen selama 12 bulan  menerusi pertandingan 12 Bulan 12 Destinasi yang akan memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 lokasi menakjubkan di serata dunia.

Peraduan 12 BULAN 12 DESTINASI

Hadiah pertandingan ini termasuklah tiket percutian 3 hari 2 malam untuk 2 orang ke destinasi menarik seperti Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth, Maldives, Jeddah, Almaty dan Boracay!

Peraduan 12 BULAN 12 DESTINASI Anjuran Nu-Prep

Setiap bulan, satu pemenang akan dipilih menerusi sesi cabutan bertuah yang akan diadakan secara langsung menerusi laman Facebook Nu-Prep Lelaki dan Nu-Prep Wanita.

Pertandingan akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.

Cara Untuk Menyertainya Amat Mudah!

Daftarkan penyertaan anda dengan:

1. Membeli sebarang produk dari rangkaian jenama Nu-Prep Wanita, Nu-Prep Lelaki atau Nu-Caffe.

2. Daftar secara atas talian di www.nuprep.com.my

3. Sertakan bukti pembelian produk di borang penyertaan.

4. Tekan butang ‘Submit’.

Pendaftaran akan ditutup pada hari terakhir setiap bulan (29 atau 30 atau 31 hari bulan).

Satu-satunya cara meningkatkan peluang kemenangan adalah dengan menghantar lebih banyak borang pendaftaran!

Lebih banyak anda membeli dan mendaftar, lebih banyak peluang anda untuk menang!

Pertandingan 12 Bulan 12 Destinasi anjuran Nu-Prep layak disertai oleh semua pihak yang berusia 21 tahun dan ke atas.

Setiap penghujung bulan (29 atau 30 atau 31 hari bulan), satu sesi cabutan bertuah akan berlangsung di laman Facebook Nu-Prep Lelaki atau Nu-Prep Wanita menerusi sesi Facebook Live.

Mereka yang sudah mendaftar disarankan untuk menonton sesi Facebook Live terbabit dan pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk proses tempahan.

Peraduan 12 BULAN 12 DESTINASI Anjuran Nu-Prep

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem THE GENTLEMEN

AirAsia Umum Laluan Unik Terus ke Ahmedabad, India