in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Filem P STORM

Salam buat semua pembaca Budiey.com, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya mudah sahaja, sila baca entri blog kat bawah ni. Jangan berlengah-lengah lagi, okay? Bertindak sebelum terlambat!

Bersempena demgan tayangan filem P STORM yang akan berada di pawagam mulai 4 April ini, Budiey dengan kerjasama RAM Entertainment mahu mengajak 20 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan aksi ini.

Filem P STORM

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Untuk info pembaca, filem ini dilakonkan oleh Louis Koo, Kevin Cheng, Raymond Lam, Lam Ka Tung, Chrissie Chau, Louis Cheung, Patrick Tam dan ramai lagi.

Filem arahan David Lam ini pastinya dinantikan oleh peminat memandangkan filem ini dikatakan memaparkan aksi yang cukup mengujakan penonton.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer P STORM yang telah diriliskan di saluran Youtube RAM Entertainment.

Trailer Filem P STORM

Sinopsis Filem P STORM

Liu Yue Ping (Chrissie Chau) reports to the ICAC about a rich 2G Cao Yuen Yuen (Raymond Lam) who bribed officers of the Hong Kong Correctional Services (HKCS) from inside the prison. William Luk (Louis Koo) decides to infiltrate the prison as an inmate to conduct his investigation, while his partner Ching Tak Ming (Kevin Cheng) and Chief Inspector Lau Po-keung (Julian Cheung) back him up from the outside.

Peraduan Premiere Filem P STORM

Sensasi Selebriti dengan kerjasama RAM Entertainment ingin menghadiahkan 20 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem P STORM. Tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:
1 April 2019 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
GSC Pavilion KL

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere Filem P STORM – Budiey.com di GSC Pavilion KL. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #PSTORMMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang share di entri post ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang share Facebook & Twitter di entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #pstormMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama filem P STORM

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton dan meramalkan filem P STORMkerana – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere Filem P STORM – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

1 April 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada RAM Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem P STORM
Filem P STORM
Filem P STORM
Filem P STORM


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Buku FLYING HIGH oleh Tony Fernandes Kini Dalam Bahasa Malaysia

Cepat Redeem Points, Astro Menamatkan Program Ganjaran Astro Circle