in , ,

Cepat Redeem Points, Astro Menamatkan Program Ganjaran Astro Circle

Korang yang ada akaun dan sedang guna Astro kat rumah tu, apa kata check berapa mata ganjaran korang ada dalam Astro Circle tu ya. Sebab tak lama lagi mata ganjaran tu semua akan tamat tempoh sebab Astro dah nak tamatkan mata ganjaran ini!

Astro Circle merupakan salah satu program ganjaran yang disediakan oleh Astro untuk para pelanggan mereka – membolehkan mereka mengumpulkan mata ganjaran dan menebusnya dengan sejumlah hadiah atau rebat untuk bil. Pelanggan Astro boleh menyemaknya melalui penyata bil bulanan mereka.

Astro Circle

Sekiranya anda pelanggan Astro, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menebus mata ganjaran Astro Circle ini sebelum 1 Jun kelak, memandangkan kini Astro telah mengumumkan bakal menamatkan penawaran Astro Circle ini.

Astro melalui laman astro Circe mengatakan semua mata ganjaran akan luput pada 1 Jun 2019 kelak, dan pelanggan digalakkan menebus secepat mungkin.

Astro mengatakan mereka bakal hadir dengan sesuatu yang baru tidak lama lagi.

Layari : Astro Circle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem P STORM

Sinopsis Drama Bersiri CINTA NON GRATA Lakonan Amelia Henderson