in , ,

Buku FLYING HIGH oleh Tony Fernandes Kini Dalam Bahasa Malaysia

Kisah inspirasi salah seorang usahawan Asia paling berjaya, Flying High oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, dilancarkan dalam Bahasa Malaysia pada hari ini. Tahniah, Budiey ucapkan buat Tony Fernandes!

Diterbitkan oleh Kumpulan Buku Karangkraf, autobiografi Terbang Tinggi telah dilancarkan di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mengisahkan tentang kesabaran dan ketekunan beliau, Terbang Tinggi mengetengahkan cita-cita danimpian Fernandes dalam memulakan syarikat penerbangan tambang rendah, mendemokrasikan perjalanan udara di rantau ini dan mengubah AirAsia menjadi sebuah syarikat berbilion dolar.

Tahniah, Budiey Ucapkan Buat Tony Fernandes!
(Third from left) AirAsia Group CEO Tony Fernandes with Kumpulan Karangkraf Managing Director Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub at the launch of ‘Terbang Tinggi’ at KL International Book Fair in Putra World Trade Centre today.

FLYING HIGH oleh Tony Fernandes Kini Boleh Didapati Dalam Bahasa Malaysia

Tony, 55, berkata, buku dalam bahasa Melayu berjudul Terbang Tinggi itu adalah kisah tentang kesabaran dan ketekunannya yang membuktikan bahawa impian boleh menjadi kenyataan.

“Impian boleh menjadi realiti jika anda berani bermimpi. Saya berharap buku ini akan menggalakkan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk memburu impian mereka seperti saya.”

Tony Fernandes
Buku Flying High Oleh Tony Fernandes Kini Dalam Bahasa Malaysia

Terbang Tinggi boleh didapati pada harga RM35 di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan akan dijual di semua kedai buku utama di seluruh Malaysia bulan hadapan.

Beliau berharap kisah hidupnya itu dapat menggalakkan orang lain untuk memburu dan mencapai impian sebenar mereka.

“Impian boleh menjadi realiti jika anda berani bermimpi. Buat apa yang hendak lakukan sampai berjaya dan jangan meminta terlalu banyak nasihat.

“Saya berharap buku ini akan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk memburu impian mereka seperti saya,” 

Tony Fernandes

Pembaca yang membeli buku di pameran buku ini juga akan mendapat 500 mata ganjaran AirAsia BIG Points dan 500 mata ganjaran BIG Points tambahan apabila membayar dengan Kad Kredit AirAsia.

Flying High telah dilancarkan pada Oktober 2017 dan boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Korea, Jepun dan kini dalam Bahasa Malaysia.

Buku Terbang Tinggi akan dijual di semua kedai buku utama di seluruh negara bermula bulan depan.

Dalam pada itu, Tony kini dikenali sebagai salah seorang usahawan ternama Asia kerana menjadi pengasas bersama syarikat tambang rendah AirAsia bersama dengan Datuk Kamarudin Meranun dan berjaya mendemokrasi perjalanan udara di rantau ini.

Buku Flying High Oleh Tony Fernandes Kini Dalam Bahasa Malaysia

Mereka membeli syarikat penerbangan itu dengan harga RM1 (kira-kira USD0.25) dan memiliki hutang RM40 juta namun mengubahnya dalam masa dua tahun.

AirAsia berubah daripada  syarikat penerbangan domestik di Malaysia sehingga menjadi syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia berdasarkan jumlah penumpangnya sekarang.

Tony yang pernah belajar di United Kingdom mempunyai kelayakan sebagai Ahli Bersekutu Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun pada tahun 1991 dan Ahli Felo pada tahun 1996.

Buku Flying High Oleh Tony Fernandes Kini Dalam Bahasa Malaysia

Seorang akauntan dengan latihan, Tony memulakan kerjayanya di Virgin Group dan kembali ke Malaysia sebagai Naib Presiden Warner Music Group untuk Asia Tenggara sebelum meneroka perniagaan syarikat penerbangan.

Tony telah menerima banyak penghormatan dan anugerah sepanjang kariernya termasuk Kehormatan Panglima Orde Empayar Britania yang dianugerahkan oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 2011 dan Komandan Legion d’Honneur yang dianugerahkan oleh pemerintah Perancis atas sumbangannya terhadap ekonomi Perancis melalui industri penerbangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gal Gadot | 19

SwissImage Kini Dilancarkan di Malaysia Boleh Dibeli di Watsons

Peraduan Premiere With Budiey Filem P STORM