in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Filem ALITA: BATTLE ANGEL

Selamat tahun baru 2019! Budiey percaya ramai yang menantikan filem yang hebat-hebat yang bakal ditayangkan pada tahun 2019. Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere ALITA: BATTLE ANGEL – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 30 Januari 2019 (Hari Rabu) di GSC 1 Utama.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem yang merangsang adrenalin anda yang berjudul ALITA: BATTLE ANGEL.

Sebuah filem yang penuh dengan babak-babak dengan aksi yang nampak real ‘live’ bergenre sains fiksyen dan drama yang suspen. Sudah tentu aksi sebegini akan membuatkan anda tak senang duduk di kerusi panggung.

Filem ALITA: BATTLE ANGEL
Poster Filem ALITA: BATTLE ANGEL

ALITA: BATTLE ANGEL adalah kisah yang berlatar cyberpunk mengisahkan tentang Alita, cyborg yang lupa siapa dirinya yang sebenarnya. Kemudian, Alita bertemu dengan Dr. Ido dalam timbunan sampah besi. Dr Ido sendiri adalah seorang saintis dan juga ahli yang mahir tentang ilmu mekanisme tubuh manusia..

Cerita dalam filem ini berlatar pada abad ke-26 atau 300 tahun setelah keruntuhan dunia akibat perang besar. Pada ketika itu merupakan zaman kegelapan dengan teknologi yang jauh dari kata prestasi. Banyak sekali manusia sebagai pekerja, akan tetapi tidak bekerja untuk ras cyborg.

Budiey percaya ramai pembaca menantikan filem ALITA: BATTLE ANGEL yang digarap oleh Robert Rodriguez (Ugly Dolls, Machete Kills in Space) selaku pengarah dengan mengadaptasi kisah dari the graphic novel (manga) series tahun 1990 berjudul Gunnm atau lebih dikenal Battle Angel Alita karya dari Yukito Kishiro.

Tonton Trailer Filem ALITA: BATTLE ANGEL

Trailer FIlem ALITA: BATTLE ANGEL yang mengujakan penonton

Sinopsis Filem ALITA: BATTLE ANGEL

Filem ALITA: BATTLE ANGEL menceritakan tentang Alita (Rosa Salazar) seorang cyborg yang mendapat tubuh baru setelah mendapat bantuan Dr. Dyson Ido (Christoph Waltz). Semasa menemui Alita di dalam timbunan sampah logam, Ido yakin jika Alita dibaiki dan dilengkapi dengan tubuh manusia yang sempurna, pasti akan dapat membantunya.

Namun, setelah sedar, Alita tak dapat mengingat kenbali masa silannya. Memiliki kehidupan baru di Iron City, Alita pun berkenalan dengan Hugo (Keean Johnson), yang kemudian membantu Alita untuk mencari asal usul dan jati dirinya di masa lalu.

Kalau nak lagi puas hati, korang cuba tonton di layar IMAX dengan konsep 3D. Fuh! Cukup sempurna dengan sajian yang dihadirkan ALITA: BATTLE ANGEL ini nampak lebih smooth dan tampak nyata. Bahkan secara detail hingga tekstur kulit, penampilan Alita seakan membuat penonton tengah menyaksikan seorang manusia yang sebenar, dan bukannya teknologi CGI.

Cakap pasal teknologi CGI, filem ini tertunda agak lama kerana James Cameron mahu menunggu teknologi yang lebih canggih sehingga dapat mevisualisasikan impiannya untuk menggarap filem ini dengan lebih cemerlang. Semua orang tahu, James Cameron memang pakar dalam memanfaatkan dan mengaplikasikan teknologi CGI. Tengoklah sebelum ni, beliau mencetus fenomena dengan kejayaan filem AVATAR.

Filem ALITA: BATTLE ANGEL akan ditayangkan di pawagam mulai 5 Februari 2019 dan diedarkan oleh Twentieth Century Fox Film.

Filem ALITA: BATTLE ANGEL

Peraduan Tayangan Premiere Filem ALITA: BATTLE ANGEL

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 180 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

30 Januari 2019 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Sebanyak 180 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ALITA: BATTLE ANGEL – Budiey.com di GSC 1 Utama Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #AlitaBattleAngel

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #AlitaBattleAngelkerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan pengarah filem ALITA: BATTLE ANGEL.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem ALITA: BATTLE ANGEL  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere ALITA: BATTLE ANGEL – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

29 Januari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Jangan lupa untuk menonton filem ALITA: BATTLE ANGEL mulai 5 Februari 2019 di pawagam.

Untitled
ALITA: BATTLE ANGEL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Anugerah Juara Lagu 33 Laku Keras?

Sekitar Showcase Dato’ Sri Siti Nurhaliza Bersama Go Shop