in ,

Tiket Anugerah Juara Lagu 33 Laku Keras?

Berita terbaru yang Budiey terima. Khabarnya, tiket Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang telah mula penjualannya pada pukul 12 tengah hari tadi, laku seperti pisang goreng panas.


Menurut syarikat penjualan tiket AJL33, My Ticket, tiket aras Arena yang bernilai RM55 telah habis dijual dalam masa satu jam sahaja.

“Berita ini amat mengejutkan kami semua kerana kami selalunya memberikan tiket AJL secara percuma kepada orang ramai dan kelab peminat finalis. Tambahan pula, semenjak pengumuman penjualan tiket ini hari Jumaat lalu, kami turut mendapat kecaman dari pihak netizen yang mengemukakan ketidakpuasan hati mereka. Namun, kami tetap positif dengan semangat peminat finalis dan AJL itu sendiri, Alhamdulillah penjualan tiket ini berjalan dengan lancar. Ini juga membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu ini masih relevan pada industri muzik tanah air dan masih menjadi kegilaan peminat sungguhpun telah mengecapi siri yang ke-33.”

– Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Encik Muhamad Sufian Che Isa

Sungguhpun tiket arena (RM55) telah habis dijual, tiket AJL33 di Aras 3 dan Aras 4 masih dijual seperti biasa dengan harga RM35 (Aras 3) dan RM25 (Aras 4).

Para peminat AJL 33 boleh dapatkan tiket mereka di laman web www.myticket.asia.

SFMM33

Anugerah Juara Lagu 33 yang akan berlangsung pada 3 Febuari 2019 kelak, membariskan finalis-finalis hebat seperti Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Altimet, Haqiem Rusly, Syamel, Ara Johari, Kaer dan Amylea, serta ramai lagi.

Sekiranya para peminat ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan AJL33, mereka boleh layari laman media sosial @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, dan Twitter. Mereka juga dialukan untuk menggunakan tanda pagar #AJL3

SFMM33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Artis Indonesia Disyaki Pelacur Online, Dibayar Hingga Rp80 Juta

Peraduan Premiere With Budiey Filem ALITA: BATTLE ANGEL