in ,

Sekitar Showcase Dato’ Sri Siti Nurhaliza Bersama Go Shop

Dato’ Sri Siti Nurhaliza umum peraduan eksklusif untuk pelanggan Go Shop menangi tiket konsert di Kuala Lumpur

Terdahulu, showcase istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyanyi sambil memasak di Go Shop berjaya menambat hati penonton! Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil mengendalikan program siaran langsung Go Shop selama 2 jam (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110) untuk melancarkan koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro pada 6 Januari di Astro Bukit Jalil. 

Program siaran langsung tersebut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018.

Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop
Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop

Hadiah Tiga Buah Lagu Buat Penonton

Semasa program berlangsung, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop

Menariknya lagi, ia merupakan program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama disiarkan yang mana pada masa yang sama turut berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di Go Shop sepanjang 2 jam masa bersiaran! Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan! 

Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop

Pamerkan Bakat Memasak

Di samping itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’.

Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.

Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour?

  1. Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 – 17 Feb 2019.
  2. Jadilah 3 pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM 710.00 ke konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour.
  3. Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari: bit.ly/DSCTxConcert

Program siaran langsung Dato’ Sri Siti Nurhaliza selama 2 jam turut memperkenalkan 3 set Alat Memasak Tahan Lekat Edisi Terhad. Produk tersebut adalah ‘Vantage Siti Jumbo Pot’, ‘Vantage Siti Magic Pan’dan‘Vantage 3 in 1 Cookware’yang diukir nama dan tandatangan Dato ‘Sri Siti Nurhaliza dengan laser. Produk ini boleh didapati secara eksklusif di Go Shop dengan harga yang sangat murah beserta hadiah percuma bernilai sehingga RM 270.00 bagi sebarang pembelian produk terpilih.

Koleksi khas ini hanya tersedia untuk masa yang terhad. Jangan terlepas tawaran eksklusif oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Go Shop ini. Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.myatau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan. Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop.

Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop
Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop
Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop
Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop
Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop
Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop
Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop
Showcase Siti Nurhaliza Bersama Go Shop

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem ALITA: BATTLE ANGEL

Lirik Lagu ADIWIRA SEPI Nyanyian Ray Asri