in , , ,

Peraduan Menonton Filem Disney/Pixar’s Onward

Salam semua pembaca Budiey.com, bulan Mac 2020 menyaksikan banyak sekali filem menarik yang akan berada di pawagam. Jadi, kepada anda yang nak menang hadiah dan pass menonton filem ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Berita baik untuk semua peminat kepada pelakon Tom Holland & Chris Pratt! Filem ini bakal mengubati kerinduan anda. Sebut saja ada pelakon Tom Holland dan Chris Pratt yang jelas mereka berdua bergabung untuk berlakon dalam sebuah filem aksi terkenal. Namun, buat kali ini kedua-duanya tampil menyumbangkan suara dalam filem ONWARD. 

Filem yang diarahkan oleh Dan Scanlon yang sebelum ini pernah mengarah filem animasi Pixar lain seperti Monster University. Tapi dalam filem ONWARD, ia mengisahkan tentang dua saudara bunian remaja yang memulakan pengembaraan setelah ayah mereka meninggal dunia dan misi mereka mencari samada kekuatan sihir itu masih ada di dunia.

Ian dan Barley Lightfoot merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia. Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat. 

Antara pelakon hebat yang terlibat dalam menjayakan filem ini ialah Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia Spencer dan ramai lagi.

Filem ONWARD

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company (Malaysia) ingin menghadiahkan 20 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

4 Mac 2020 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

MBO Atria

Filem Disney/Pixar’s Onward ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 Mac 2020.

Filem ONWARD

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney/Pixar’s Onward

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad Disney/Pixar’s Onward untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com.

Onward_Beanie
Limited Edition Disney/Pixar’s Onward Beanie Hat X 5
Onward_Hoodie
Limited Edition Disney/Pixar’s Onward Adult Hoodie X 5
Onward_Kids T-Shirt
Limited Edition Disney/Pixar’s Onward Kids T-shirt X 5
Onward_Metal Keychain
Limited Edition Disney/Pixar’s Onward Metal Keychain X 5
Onward_Sticker
Limited Edition Disney/Pixar’s Onward Sticker Sheet X 5

Slogan: Saya mahu menang peraduan Disney/Pixar’s Onward kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Disney/Pixar’s Onward

Tarikh tutup peraduan: 20 Mac 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada The Walt Disney Company (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 5 Mac 2020.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem ONWARD
Filem ONWARD
Filem ONWARD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu SUMPAH Naim Daniel Menawan 6 Juta Penonton!

SINAR CINTA Hafiz Suip Lagu Runut drama SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI