in , , ,

Lagu SUMPAH Naim Daniel Menawan 6 Juta Penonton!

“Sumpah setiaku kan tetap ada di sini, dengarkanlah aku, jiwa ku tulus untukmu…” adalah lirik Naim Daniel yang berjaya memukau juri-juri profesional dan para audien Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34), lalu menyandang gelaran Juara Lagu yang ke-34, Ahad lalu.

Peristiwa bersejarah buat jejaka 22 tahun itu disaksikan oleh 6 juta penonton di TV3 menurut sumber Nielsen Audience Measurement. Tontonan dari platform digital pula, AJL 34 telah ditonton sebanyak 442,000 melalui strim langsung HD tonton dan Xtra, serta  hampir 1.5 Juta tontonan di Youtube TV3 Malaysia. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak,

“Dengan 6 juta orang penonton yang diraih AJL 34, membuktikan bahawa AJL 34 masih menjadi pilihan penonton lalu mendapat 55% syer tontonan pada waktu ia bersiaran, menandingi program-program hebat lain.

Saya percaya AJL 34 malam itu berjaya kerana barisan finalis itu sendiri membawa warna-warni ke majlis berprestij itu.

Ketika sidang media AJL 34 pada malam itu juga, saudara Ajai, selaku ketua juri AJL 34 turut berkata sedemikian, malah Ajai juga berkata, kepelbagaian genre, suara, konsep persembahan dan gimik persembahan para finalis pada malam itu, menghidupkan tema AJL34 iaitu ‘Warna-Warna Suara’.

Kini, carta Muzik Muzik 35 sudah dibuka untuk kitaran pengundian baharu dalam menentukan semi finalis Muzik Muzik 35 pula.

Oleh itu, kami berterima kasih dan terus bersyukur atas sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong kami dengan mengundi karya-karya kegemaran mereka di www.xtra.com.my/muzikmuzik.”

Encik Johan Ishak
Anugerah Juara Lagu Ke-34

Keputusan AJL 34 yang diadili secara sebulat suara oleh Ajai, Azmeer, Edrie Hashim, Dato’ Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish, telah menyimpulkan sebuah keputusan muktamad, seperti berikut:

Juara Lagu

Tajuk Lagu: Sumpah

Penyanyi: Naim Daniel

Komposer: Naim Daniel & Omar K

Penulis Lirik: Naim Daniel

Naib Juara

Tajuk Lagu: Bangun

Penyanyi: Aman Ra

Komposer: Navigator

Penulis Lirik: Aman Ra

Anugerah Juara Lagu Ke-34

Tempat Ketiga

Tajuk Lagu: Anta Permana

Penyanyi: Bob Yusof

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong

Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Vokal Terbaik & Persembahan Terbaik

Tajuk Lagu: Kisah Cinta Kita

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

Penulis Lirik: Datuk A. Aida

Anugerah Juara Lagu Ke-34

Selain daripada membawa pulang trofi AJL 34, para pemenang AJL 34 juga memenangi hadiah-hadiah lain mengikut kategorinya. Pemenang Persembahan Terbaik yang ditentukan melalui undian penonton di Xtra.com.my, menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu.

Anugerah Juara Lagu Ke-34

Pemenang Vokal Terbaik menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34, baucar McDonald’s Malaysia bernilai RM10 ribu serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu. Pemenang Tempat Ketiga menerima wang tunai RM20 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM3 ribu. 

Anugerah Juara Lagu Ke-34

Naib Juara menerima wang tunai RM35 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM5 ribu. Juara Lagumenerima wang tunai RM50 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucer CJ Wow Shop bernilai RM10 ribu.

Anugerah Juara Lagu Ke-34

AJL 34 mendapat sokongan McDonald’s selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Anugerah Juara Lagu sambil menikmati Set Famili Mekdi” dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol yang pertama di Malaysia. “Eksklusif di Petronas. Bayar, aktifkan pam dari dalam kereta & pam petrol stail bos, Setel!” AJL 34 juga disokong oleh rakan penaja Celcom Xpax, “Enjoy semua Internet yang anda mahukan dengan Celcom Xpax”. Serta geng radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!

Anugerah Juara Lagu Ke-34

Tamatnya Anugerah Juara Lagu 34 ini, maka bermulalah sebuah kitaran baharu ke arah Anugerah Juara Lagu 35! Para penyokong tegar Anugerah Juara Lagu diberikan tanggung jawab untuk mengundi karya-karya kegemaran mereka di carta Muzik Muzik (www.xtra.com.my/muzikmuzik). 

Sekiranya anda masih belum dapat melupakan AJL 34, tonton (www.tonton.com.my) telah menyediakan kandungan-kandungan menarik buat peminat tegar AJL 34!

Jangan lupa saksikan Muzik Muzik 35 pada setiap hari Isnin, pukul 11 malam di TV3 serta laman-laman media sosial TV3 dan Senang Terhibur di Instagram, Facebook, dan Twitter untuk maklumat lanjut. 

Anugerah Juara Lagu Ke-34

TENTANG ANUGERAH JUARA LAGU 34

  • Anugerah Juara Lagu (kemudian merujuk kepada AJL34) merupakan sebuah majlis anugerah tahunan anjuran TV3 yang memartabatkan karya muzik tempatan terbaik selama satu tahun.
  • Peserta AJL atau dikenali sebagai FINALIS telah disenarai pendekkan melalui pencalonan serta undian pihak umum melalui carta Muzik Muzik.
  • 30 karya terbaik dalam carta Muzik Muzik akan berentap dalam Separuh Akhir Muzik Muzik yang akan menyenarai pendek 12 finalis Anugerah Juara Lagu.
  • AJL34 kali ini membawa tema ‘Warna Warna Suara’
  • AJL34 juga akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Februari 2020 (Ahad) pada pukul 9 malam.
  • Sebelum bermulanya AJL34, majlis karpet merah AJL34 yang dihoskan oleh Shuk Sahar dan Ain Edruce akan bermula pada pukul 8 malam, pada hari yang sama.
  • Ia boleh ditonton di TV9 pada pukul 8.30 malam, atau strim HD di tonton.my pada pukul 8 malam.
  • AJL34 dihoskan oleh Haziq Hussni, Sherry Alhadad, dan Awal Ashaari
  • McDonald’s selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Anugerah Juara Lagu sambil menikmati Set Famili Mekdi.” 
  • Rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol yang pertama di Malaysia. “Eksklusif di Petronas. Bayar, aktifkan pam dari dalam kereta & pam petrol stail bos, Setel!”
  • Dan juga Celcom Xpax, “Enjoy semua Internet yang anda mahukan dengan Celcom Xpax.”
  • Tiket AJL 34 telah dijual dengan harga RM30 (Aras 4), RM40 (Aras 3), dan Arena (RM60).

PERSEMBAHAN PEMBUKA TIRAI DAN INTERLUDE

  • Persembahan pembuka tirai AJL 34 membariskan para pemenang vokal terbaik AJL yang lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami. 
  • Persembahan interlude AJL 34 pula akan menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri. 
  • Lagu-lagu seperti ‘Sampai Hati’, ‘Kerana’, ‘Kenangan Lalu’, ‘Memburu Rindu’, Suatu Masa’ dan ‘Srikandi Cintaku’ akan didendangkan pada segmen ini.

HADIAH-HADIAH AJL 34

  • Pemenang Persembahan Terbaik akan menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu. 
  • Pemenang Vokal Terbaik akan menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34, baucar McDonald’s Malaysia bernilai RM10 ribu serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu. 
  • Pemenang Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM20 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM3 ribu. 
  • Naib Juara akan menerima wang tunai RM35 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM5 ribu. 
  • Juara Lagu akan menerima wang tunai RM50 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucer CJ Wow Shop bernilai RM10 ribu.
  • Kategori Khas : Anugerah Pilihan Peminat Setel yang dipilih melalui undian dalam aplikasi Setel, bermula 30 Januari lalu hingga ke malam ini
    • Caranya adalah:
      • Muat turun aplikasi Setel.
      • Daftar butiran peribadi anda.
      • Sahkan nombor telefon.
      • Tetapkan nombor pin.
      • Tekan icon AJL 34 dan undi lagu pilihan.
      •  Nak undi lagi? Ajaklah kawan-kawan!

12 FINALIS AJL 34

Tajuk LaguPenyanyiKomposerPenulis Lirik
DramaDrama BandAepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib, Ammar Habir
Ku BersuaraErnie ZakriSyamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Anta PermanaBob YusofHael Husaini, Ezra Kong
SumpahAina Abdul
Lembah KesepianHaqiem RusliHaqiem Rusli, Ibnu & Gouffran
SumpahNaim DanielNaim Daniel & Omar KNaim Daniel
PenemanHazama The PenglipurlaraTam
DindaKugiran MasdoAli Sariah
BangunAman RANavigatorAman RA
Kisah Cinta KitaHafiz SuipIkhwan Fatanna, Ayden AliDatuk  A. Aida
RagamanFairuz MisranFaizal Tahir, Mike Chan, RomeoFaizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan
RampasAkim & The MajistretHang Nadim, LaqBunga Cantik
Anugerah Juara Lagu Ke-34 Anugerah Juara Lagu Ke-34 Anugerah Juara Lagu Ke-34 Anugerah Juara Lagu Ke-34

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rimba Bara 2 Bawa Legasi Filem Rock Kepada Generasi Baru dalam ROCK 4

Peraduan Menonton Filem Disney/Pixar’s Onward