in , ,

Peraduan Menangi Tiket VIP Shout! Awards 2013 di Budiey.com

Salam ceria kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey percaya ramai yang tertanya-tanya macamana nak dapatkan tiket atau pass masuk ke Shout Awards 2013 yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Pergh! Ramai giler pembaca yang nak datang tengok persembahan LIVE nih. Tak kurang ada yang mesej dan tweet Budiey kat twitter untuk meminta tiket VIP. Wow… gempaklah korang nih. Nampaknya, tahun ini makin meriahlah Shout Awards berbanding tahun-tahun sudah. Setuju tak? Kalau setuju, apa kata korang LIKE & share entri ini!

shout award 2013
shout award 2013

Kepada pembaca yang tercari-cari kat mana nak dapat tiket untuk menonton secara LIVE anugerah paling HIP di Malaysia, Shout! Awards 2013 ni, Budiey hanya ada satu peluang sahaja untuk anda iaitu menyertai peraduan ini.

Tak seperti tahun lepas, tahun ni, Budiey dapat beberapa tiket VIP sebab blog Budiey menjadi Promotional Partner untuk anugerah Shout! Award pada tahun ini, Budiey diberi 10 keping tiket VIP, 25 keping tiket Shout Zone (berdiri) dan 25 keping keping tiket 25 keping normal tiket (duduk) untuk diberikan kepada pembaca Sensasi Selebriti – Budiey.com.

Korang nak menonton Shout! Awards secara live tak pada hari Sabtu, 9 November 2013, di Stadium Putra Bukit Jalil jam 8 malam? Jom sertai peraduan anjuran Budiey.com dengan kerjasama 8TV ini.

Mahu menyaksikan secara live selebriti dan artis tersohor seperti…

Shane Filan

… dan ramai lagi!

Haaaa… hari ini, Budiey ingin memberikan kepada korang tiket Shout! Awards kepada pembaca yang dapat menjawab soalan ini:

1. Siapakah artis antarabangsa yang akan perform di Shout! Awards 2013?

2. Berapakah kategori yang dipertandingkan di Shout! Awards 2013?

Ciptakan satu slogan paling kreatif anda: Saya mahu sangat ke Anugerah Shout! Awards 2013 kerana…. (tidak lebih dari 40 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2013 di Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
8 November 2013

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Kepada pembaca, jom undi artis kegemaran anda di:

www.shoutawards.com.my

Jangan lupa tulis tajuk emel korang tu: Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2013 di Budiey.com. 

Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Kepada anda yang tak berjaya mendapatkan tiket, jangan risau, ada lagi satu peluang untuk anda mendapatkannya!

#Shoutawards2013 #meet #greet #Shanefilan

shout award promo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuna Released Debut Album Nocturnal With Verve Music Group

Peraduan Menangi Jersi Cardiff City Eksklusif Dari Fizo Omar