in ,

Peraduan Menangi Jersi Cardiff City Eksklusif Dari Fizo Omar

Sebagaimana yang pembaca semua sedia maklum, empat orang selebriti kacak bergaya yang letop-letop iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly telah dipilih untuk menyaksikan perlawanan secara live Liga Inggeris di antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di Cardiff, Wales, United Kingdom pada 25 November ini.

Selain mereka, Budiey juga akan turut diterbangkan bersama untuk menemani pelakon berbakat ini. Pastinya sepanjang berada di sana, Budiey akan menyiarkan berita terkini #LiveUpdate dan video travelogue di media sosial secara langsung apa yang mereka buat kat sana. Selebriti juga akan berkongsi pengalaman kepada peminat dengan menyiarkan live update di laman sosial milik mereka. Jadi, jangan lupa follow dan ikuti Facebook, Twitter dan Instagram Budiey dan pelakon ini sebab mereka akan menceritakan pengalaman menarik sepanjang menyaksikan perlawanan bola sepak kelab yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu.

Cardiff City Trip Rafflesia Selebriti

[dropcap]S[/dropcap]empena dengan travelogue selebriti lelaki ini ke Cardiff City, Budiey dengan kerjasama Rafflesia dan Kelab Cardiff City menawarkan sebanyak 40 helai baju jersi Cardiff City yang ditandangani secara ekslusif oleh empat orang selebriti popular ini dan turut ditandatangani oleh Tan Sri Vincent Tan. Haa, Budiey rasa hadiah ni cukup eksklusif. Nak cari kat mana jersi yang ditandatangani oleh pemilik kelab dan empat selebriti lelaki ni kan?

Budiey akan membahagikan hadiah ini kepada 4 bahagian iaitu 10 helai baju jersi untuk Fizz Fairuz, 10 helai baju jersi untuk Fahrin Ahmad, 10 helai baju jersi untuk Fizo Omar dan 10 helai baju jersi untuk Iqram Dinzly. Kira adil la kan?

Peraduan Menangi 10 Helai Jersi Cardiff City Eksklusif Dari Fizo Omar

Eksklusif dan khusus untuk peminat setia Fizo Omar, sebanyak 10 helai jersi bola sepak Pasukan Cardiff City yang ditanda-tangani oleh Fizo Omar dan pemilik kelab Cardiff City Tan Sri Vincent Tan.
[pullquote align=”right”]Sebanyak 40 helai baju jersi Cardiff City perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda![/pullquote]Anda mahu memiliki hadiah baju jersi eksklusif ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif. Seorang pemenang akan mendapat sehelai jersi. Ingat hashtag ini: #CardiffCityRafflesia

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti TIGA langkah ini:

Langkah 1:
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah ini dan komenlah apa pendapat anda tentang selebriti dan juga kelab Cardiff City ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini:  www.facebook.com/BudieyDotCom

Langkah 2:

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan kreatif anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Sila gunakan hashtag event ini iaitu #CardiffCityRafflesia. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu jersi #CardiffCityRafflesia kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca tweet tersebut.

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Berikan tiga orang pemain bola sepak Kelab Cardiff City?

Soalan 2:
Bilakah Kelab Cardiff City mula ditubuhkan?

Soalan 3:
Bilakah tarikh lahir pelakon Fizo Omar

Slogan: Saya mahu memiliki baju jersi Cardiff City kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

Tarikh tutup peraduan:
1 Disember 2013

Tajuk Email: Peraduan Menangi Jersi Cardiff City Eksklusif Dari Fizo Omar

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk mengikuti #LiveUpdate di laman sosial #BudieyDotCom & #CardiffCityRafflesia

Terima kasih Rafflesia dan Kelab Cardiff City kerana sudi menaja hadiah dan menaja Budiey ke Cardiff, Wales, United Kingdom.

Selebriti Malaysia Ke Cardiff City

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket VIP Shout! Awards 2013 di Budiey.com

Video Muzik Lagu Terbaru Asfan Shah Alasan Untuk Bahagia