in , ,

Kad Kredit Airasia Lancar Kempen SHRED & FLY

Kad Kredit AirAsia melancarkan kempen “Shred & Fly” di pusat membeli-belah NU Sentral hari ini, menyeru orang ramai untuk memotong kad kredit mereka yang tidak digunakan untuk mendapatkan penerbangan percuma ke mana-mana 150 destinasi AirAsia!

Kempen “Shred & Fly” adalah sebahagian daripada kempen “Earn BIG Live BIG” yang dilancarkan baru-baru ini oleh AirAsia BIG untuk menggalakkan orang ramai untuk berimpian besar dan melakukan sesuatu yang luar biasa. Dengan ini, “The Shredder” diperkenalkan; mana-mana pengunjung dengan kad kredit yang tidak digunakan dijemput untuk menyahut cabaran untuk memasukkan kad tersebut ke dalam “The Shredder”.

Pengunjung yang memotong kad kredit mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong, kerana mereka akan masing-masing menerima sekurang-kurangnya 3,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG sehingga maksimum 100,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG, dengan syarat permohonan Kad Kredit AirAsia telah berjaya dibuat.

Kad Kredit Airasia

Mata Ganjaran BIG yang diperolehi boleh digunakan untuk menebus penerbangan percuma serta pelbagai tawaran pelancongan dan gaya hidup. 

Kad Kredit AirAsia memberikan banyak manfaat termasuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG dengan setiap transaksi, naik taraf segera ke status Keahlian BIG Platinum dan tiada yuran tahunan untuk tahun pertama.

Pemegang kad ini boleh mendapatkan sehingga 6X Mata Ganjaran BIG dari perbelanjaan harian dan AirAsia*, dan memudahkan pengalaman perjalanan mereka dengan Keutamaan Daftar Masuk, Keutamaan Menaiki Pesawat dan Bagasi Xpress*.

Pemegang kad ini juga akan menikmati Hadiah Selamat Datang dan Bonus Suku Tahunan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG*. Dengan Kad Kredit AirAsia, Ahli BIG boleh benar-benar #EarnBIGLiveBIG! 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Spencer Lee berkata,

“Kami ingin menjadikan perjalanan sebagai sesuatu yang boleh dicapai dan boleh dilakukan sepanjang masa.

Kami sentiasa berusaha sebaik yang mungkin untuk memahami keperluan dan kehendak pelanggan kami dengan memikirkan cara yang berbeza untuk menjadikan perjalanan lebih bermakna dan tanpa batas.

Oleh itu, Kad Kredit AirAsia membolehkan lebih ramai orang menyelami pengalaman yang lebih hebat dan pelbagai, di mana aspirasi perjalanan dan gaya hidup semua orang dapat direalisasikan. ” 

– Spencer Lee

“The Shredder” akan ditempatkan di pelbagai lokasi dari 6 hingga 22 September, 2019 dengan pusat membeli-belah Nu Sentral menjadi perhentian pertama (6-8 September 2019) sebelum membuat penampilan seterusnya di Minggu Muzik Malaysia di Dataran Merdeka (14-16 September 2019), dan kemudiannya di pusat membeli-belah MyTOWN (20-22 September 2019).

Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa Kad Kredit AirAsia adalah cara terpantas untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG untuk menebus penerbangan AirAsia dengan mudah.

Pameran bergerak “Shred & Fly” akan memberikan lebih daripada 8 juta Mata Ganjaran BIG secara keseluruhan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk mendapatkan penerbangan percuma dengan “Shred & Fly”, layari laman Facebook dan Instagram AirAsia BIG di @airasiabig 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Traveloka Malaysia Tawar Pengalaman Baharu XPERIENCE

Peraduan Jom Menonton Filem JOKER