in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SI MANIS JEMBATAN ANCOL

Salam semua pembaca Budiey.com, penghujung bulan Januari 2020 menyaksikan banyak sekali filem menarik yang akan berada di pawagam. Antaranya sebuah filem seram yang wajib ditonton. Nah! kepada anda yang nak menang pass menonton filem ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem dari Indonesia yang menyeramkan berjudul SI MANIS JEMBATAN ANCOL.

SI MANIS JEMBATAN ANCOL

Industri perfileman Indonesia sememangnya terkenal dengan genre seram yang seringkali mencetuskan fenomena sehingga ke Malaysia. Kalau anda masih ingat lagi,  filem seram ‘Makmum’ dan ‘Pengabdi Setan’ dari Indonesia berjaya memberikan mimpi seram pada rakyat Malaysia.

Tahun ini, sebuah lagi filem seram Indonesia berjudul ‘Si Manis Jembatan Ancol’ bakal menggegarkan pawagam Malaysia tidak lama sahaja lagi! Kalau anda nak tahu, kisah ini pernah difilemkan pada tahun 1973 di Indonesia. Untuk versi kali ini, mereka kembali dengan barisan pelakon baru dalam menampilkan kisah Maryam, hantu berkebaya merah.

Sinopsis Filem SI MANIS JEMBATAN ANCOL

Filem arahan Anggy Umbara ini mengisahkan berlokasikan Djakarta pada tahun 1973, kehidupan rumah tanggal Maryam dan Roy diambang kehancuran. Bisnis Roy yang sudah merugi mengakibatkan perubahan besar atas sikap Roy pada Maryam, sehingga hilangnya rasa cinta dan kasih sayang yang dulu pernah ada diantara mereka kental sekali terasa dalam keseharian mereka. Maryam menemukan oase baginya disaat sepi melanda, kehairan Yuda, seorang pelukis tampan menawan dan penuh perhatian.

Bisnis Roy hancur dan terancam akan dibunuh oleh sekelompok lintah darat karena tidak bisa mengembalikan hutangnya. Kesalahpahaman terjadi sehingga membuat Roy terbakar api cemburu setelah mengetahui kedekatan istrinya dengan yuda. Roy pun akhirnya nekat meminta lintah darat itu untuk menculik dan membunuh Maryam demi mendapatkan sertifikat rumah yang beratasnamakan Maryam. 

Kematian Maryam pun menjadikan arwahnya bernafsukan dendam sehingga kemunculannya di kampong sekitar kemudian menjadi sebuah legenda menyeramkan yang kian hari terus menyebar.

Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Indah Permatasari sebagai Maryam – Si Manis, Arifin Putera sebagai Roy Manunggali Bakti, Randy Pangalila sebagai Yudha Mahesa Surya, Ozy Saputra sebagai Bang Ozy, Arief Didu sebagai Bang Kribo, Tije Gukguk sebagai Mbak Sri dan Anyun Cadel sebagai Ucup.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 30 Januari 2020.

SI MANIS JEMBATAN ANCOL

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak tragedi yang cukup dramatik dan menyeramkan ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 29 Januari 2020 (Hari Rabu). Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer yang telah ditayangkan di Youtube: https://youtu.be/fYq8J7wPhmA

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni.

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Peraduan Premiere With Budiey Menonton SI MANIS JEMBATAN ANCOL

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
29 Januari 2020 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SI MANIS JEMBATAN ANCOL – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #simanisjembatanancol

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #simanisjembatanancol kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan SI MANIS JEMBATAN ANCOL – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem SI MANIS JEMBATAN ANCOL

Tarikh tutup peraduan:

29 Januari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 30 Januari 2020 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

SI MANIS JEMBATAN ANCOL SI MANIS JEMBATAN ANCOL SI MANIS JEMBATAN ANCOL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Voucher RM1,000 Sempena Single SHH Nyanyian Elizabeth Tan

Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019