in , ,

Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019

EDMA 2019 disaksikan oleh lebih 55,000 peminat menerusi tiga platform digital ERA

ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2019) yang dianjurkan oleh jenama radio No. 1 di Malaysia, ERA, dan dibawakan oleh SYOK, mengumumkan pemenang-pemenang lima kategori EDMA 2019, pada 17 Januari 2020.

Lima kategori yang dipertandingkan merangkumi Artis Baru BaekLagu Featuring HitRappers Paling ONZLagu Viral ONZ, dan kategori baru EDMA 2019 yang menerima lebih setengah juta undian, Fan Club Paling Ngam. 

Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019

Kategori baru ini memberi penghargaan jasa dan usaha peminat yang terus memberi sokongan kepada artis-artis kesayangan dan jenama radio ERA. 

Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019

Pentas EDMA 2019 turut dihangatkan dengan persembahan-persembahan mantap dan bertenaga daripada K-Clique, Naim Daniel & Tuju, Floor 88, MeerFly, Kidd Santhe & MK, Zizi Kirana, Bunga, Ucop, Sarah Suhairi, Luqman Faiz, Andi Bernade, Ariff Bahran dan personaliti-personaliti ERA. 

EDMA 2019 telah disaksikan secara langsung oleh lebih 55,000 peminat menerusi tiga platform digital ERA iaitu Facebook, YouTube and Instagram.

PEMENANG EDMA 2019 :

  1. Artis Baru Baek: Luqman Faiz
  2. Lagu Featuring Hit: K-Clique ft Aliff
  3. Rappers Paling ONZ: K-Clique
  4. Fan Club Paling Ngam : Haqiem Rusli – Qiemillio Official FC
  5. Lagu Viral ONZ: Donde – Andi Bernade

Kumpulan rap yang kian meningkat naik, K-Clique unggul pada Anugerah Digital Muzik Era (EDMA 2019) yang berlangsung malam tadi apabila memenangi dua daripada lima kategori dipertandingkan.

Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019
Rappers Paling ONZ: K-Clique

Anugerah yang dimenangi itu adalah Lagu Featuring Hit iaitu Mimpi (K-Clique feat Aliff) dan Rappers Paling Onz.

Itu juga anugerah pertama diterima mereka selepas muncul dalam industri muzik.

“Terima kasih kepada semua yang mengundi. Kami memang tidak menjangka akan menang sebab calon lain semuanya hebat dan popular. Tapi anda sudah memberikan kepercayaan kepada kami. Terima kasih juga pada pihak Era kerana mencalonkan kami,”

– MK

Menerusi kategori Rappers Paling Onz, K-Clique menewaskan Zizi Kirana, Aman Ra, Bunga dan Kid Santhe.

Sementara itu, Andi Bernadee juga berpuas hati apabila dinobatkan Lagu Viral Onz menerusi lagu Donde.

Ia juga kemenangan pertama Andi pada acara anugerah selepas hampir tiga tahun berada dalam industri muzik.

Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019
Fan Club Paling Ngam : Haqiem Rusli – Qiemillio Official FC

“Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki ini. Pastinya, tanpa sokongan dan undian peminat, saya tidak menang.

“Sejujurnya, ketika melancarkan lagu ini saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi. Saya hanya mahu peminat menikmati muzik saya.

“Tidak menjangka ia diterima baik dan tular. Sehinggakan orang panggil saya dengan Donde,”

– Andi Bernadee

Lagu Donde menewaskan lagu Sumpah (Naim Daniel), Haa Tepok (Meer Fly, Kid Santhe& MK), Mimpi (K-Clique feat Aliff) dan Hutang (Floor 88).

EDMA 2019 adalah anjuran stesen radio nombor satu, Era bagi menghargai bakat tempatan tanah air.

Acara yang berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya, malam tadi itu adalah penganjuran keempat sekali gus melihat ramai penyanyi muda mendominasi pencalonan anugerah digital.

Menariknya kali ini, EDMA 2019 turut mengangkat kelab peminat selebriti sebagai satu anugerah bagi menghargai sokongan mereka selama ini.

Bagi kategori itu, kelab peminat penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Qiemillio Official FC memenangi kategori Fan Club Paling Ngam.

Sementara itu, penyanyi, Luqman Faiz dipilih sebagai Artis Baru Baek yang menewaskan Naim Daniel, Kuchaimars, Fieya Julia dan Muna Shahirah.

EDMA 2019 kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Naim Daniel, Andi Bernadee, Luqman Faiz, K-Clique, Floor 88, Zizi Kirana dan ramai lagi.

Undian EDMA 2019 bermula pada 23 Disember 2019 sehingga 16 Januari di laman web Era.

Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019
Lagu Viral ONZ: Donde – Andi Bernade
Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019
Lagu Featuring Hit: K-Clique ft Aliff
Senarai Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2019
Artis Baru Baek: Luqman Faiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SI MANIS JEMBATAN ANCOL

Netflix Launches Special Lunar New Year (LNY) Collection