in , ,

Peraduan Menang Voucher RM1,000 Sempena Single SHH Nyanyian Elizabeth Tan

Salam semua pembaca Budiey.com, bersempena dengan single lagu berjudul SHH yang kini boleh ditonton di Youtube, anda dijemput untuk menyertai peraduan menang voucher barangan produk Xixili bernilai RM1,000. Mungkin anda pemenang yang kami cari.

Tahun ini juga menyaksikan penyanyi yang mesra disapa sebagai Lizzy ini mula berjinak dalam bidang perniagaan apabila beliau melancarkan jenama produk penjagaan diri miliknya, Mandi. Elizabeth Tan telah menutup lembaran tahunnya dengan satu lagi catatan bermakna apabila Lizzy bakal muncul dengan single terbaharu berjudul “Shh”.

Single terbitan Warner Music Malaysia ini merupakan karya ciptaan komposer duo tersohor iaitu penyanyi Hael Husaini bersama rakan penerbitnya Ezra Kong yang pernah merangkul gelaran Juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) selama dua tahun berturut-turut menerusi lagu ciptaan mereka ‘Jampi’ dan ‘Haram’.

Daya kreatif kedua-dua komposer ini dalam menghasilkan lagu-lagu hits memang tidak dapat dinafikan lagi. Jika sebelum ini, duo ini mengambil inspirasi daripada lagu permainan kanak-kanak dalam lagu ‘Police Entry’ nyanyian Lizzy.

Elizabeth Tan - Shh

Peraduan Menang Voucher RM1,000 Sempena Single SHH Nyanyian Elizabeth Tan

Budiey ada tiga keping voucher barangan produk Xixili untuk dimenangi:

Tempat Pertama: RM 500
Tempat Kedua:- RM 300
Tempat Ketiga: RM 200

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. 

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pencipta lagu dan penulis lirik lagu SHH

2. Apakah yang berlaku di minit 2:05 dalam video klip SHH Elizabeth Tan.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Berikan pendapat tentang lagu SHH (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan SHH Nyanyian Elizabeth Tan – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

1 Februari 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Warner Music Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iflix Perkenal Saluran Baharu LEKLU Kepada Semua Pelanggan Secara Percuma

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SI MANIS JEMBATAN ANCOL