in , , ,

Peraduan Tayangan Menonton Filem FANTASY ISLAND

Salam semua pembaca Budiey.com, pada bulan ini menyaksikan banyak sekali filem menarik yang akan berada di pawagam. Antaranya sebuah filem suspense ini yang wajib ditonton. Nah! kepada anda yang nak menang pass menonton filem thriller ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Anda nak menghadiri Tayangan filem FANTASY ISLAND bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan sebuah filem yang bergenre suspense dan thriller ini. Sebanyak 60 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem FANTASY ISLAND akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 27 Februari 2020.

Filem Fantasy Island

Filem ini menceritakan tentang seorang lelaki bernama Mr. Roarke yang membuatkan segala impian rahsia pengunjungnya di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu.

Filem ini diarahkan oleh Jeff Wadlow. Selain dibintangi oleh Michael Pena, filem ini turut dilakonkan oleh pelakon lain seperti Lucy Hale, Maggie Q, Portia Doubleday, Jimmy O. Yang, Ryan Hansen, Michael Rooke dan ramai lagi.

Peraduan Tayangan Premiere Filem FANTASY ISLAND

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 60 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

26 Febuari 2020 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere FANTASY ISLAND – Budiey.com di TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #fantasyisland

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. 

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan siapakah pengarah untuk filem FANTASY ISLAND

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere FANTASY ISLAND – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Filem FANTASY ISLAND – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

25 Febuari 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem Fantasy Island
Filem Fantasy Island
Filem Fantasy Island

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem RUMAH KENTANG: THE BEGINNING

22 Negara Bakal Berentap, Malaysia & Korea Rancak Cari Calon Juara AML2020