in ,

22 Negara Bakal Berentap, Malaysia & Korea Rancak Cari Calon Juara AML2020

Penganjuran tahun ketiga pertandingan model antarabangsa, ALTITUDE MODEL LOOK (AML) yang bercawangan di Thailand membuka lembaran baru apabila buat julung kalinya membuka peluang figura dari Korea Selatan dan Malaysia untuk merebut gelaran juara.

Pengumuman ini telah disahkan oleh Eksekutif Produser ALTITUDE MODEL LOOK iaitu Thanyasa Tajinda yang mengesahkan 22 buah negara yang bakal berentap untuk ALTITUDE MODEL LOOK WORLD FINALS pada 19 Julai hingga 25 Julai 2020 di Bangkok, Thailand.

ALT1

22 buah negara tersebut ialah Thailand selaku tuan rumah, Serbia, Czeh Republic (Juara 2019), Afrika Selatan, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, USA, Puerto Rico, US Virgin Islands, Myanmar, Vietnam, Brazil, Kanada, KSA, Laos, Indonesia, India, Mauritius, Nepal, UAE dan Pakistan. Manakala Jepun dan Singapura masih lagi dalam rundingan dalam menentukan penyertaan bagi tahu 2020.

alt5

Thanyasa (Tengah) Bersama pemenang tahun lalu.

Menerusi penyertaan kali pertama Malaysia dan Korea, pihak ALTITUDE MODEL LOOK telah melantik Hyunmin-A selaku National Director bagi Korea dan Malaysia. Mengulas lanjut mengenai pelantikan Hyunmin-A, Thanyasa berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan penyanyi lagu I’LL SHOW.

alt6

Thanyasa melatak harapan tinggi buat peserta dari Korea dan Malaysia.

“Beliau mempunyai pengalaman dalam industri fesyen dan hiburan.

Oleh itu, saya percaya bahawa dia akan memberikan kerjasama profesional dan mempunyai keupayaan untuk membina organisasi yang kukuh ALTITUDE MODEL LOOK KOREA dan MALAYSIA.

“Pengalaman besar dan semangatnya dalam industri fesyen dan peragaan adalah kriteria yang sangat baik serta mencapai piawaian luar biasa.

Ia sekaligus mampu membawa kejayaannya dalam organisasi kami.

“Kami juga berharap dan merasakan dengan pelantikan Hyunmin-A dapat membina imej AML di Korea dan Malaysia dengan indah dan utuh.

Sesungguhnya, kami benar-benar berharap dapat membina kerjasama dalam jangka masa yang panjang dengan Hyunmin-A dan pasukannya di Korea dan Malaysia untuk edisi selanjutnya,”

– Thanyasa
nationaldirector

Mampukah Hyunmin-A Mencari wakil Malaysia dan Korea yang berkualiti?.

Di samping itu, pihak AML turut meletakkan harapan yang tinggi kepada peserta dari Korea dan Malaysia kerana yakin dengan reputasi National Director dan bakat dari dua buah negara ini.

“Kami mengharapkan untuk mempunyai peserta dari Korea dan Malaysia yang tahu bagaimana untuk mempromosikan diri mereka dalam gaya hidup, kesihatan dan kelihatan sihat sebagai model.

Dan yang terpenting, tahu apa yang mereka mahukan, tetap fokus, bertanggungjawab dan bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka.

“Kami berfikir bahawa Hyunmin-A akan memberi kami calon yang baik untuk menyertai peraduan kami dalam edisi ini. Kami juga yakin bahawa mereka akan mendapat sokongan hebat dari peminat Korea dan Malaysia,”

– AML

Sementara itu, pihak AML mahu setiap peserta pandai menggunakan kesempatan dan penghormatan yang dianugerah apabila di pilih oleh National Director untuk mewakili negara masing-masing.

“Ini salah satu peluang terbesar dalam kehidupan setiap peserta. Pertandingan ini boleh mengubah hidup anda selama-lamanya.

Ia bukan hanya untuk menjadi Pemenang tetapi juga setiap langkah dalam persaingan itu mampu membuka mata banyak pihak sehingga mampu membawa anda untuk menjadi impian sebagai realiti,”

– AML

AML telah meletakkan syarat kepada setiap peserta yang dipilih oleh National Director. Oleh itu, bagi peserta dari Malaysia dan Korea, mereka perlulah menghubungi Hyunmin-A untuk disaring samada layak bertanding di peringkat global nanti.

AML menyatakan bahawa pihak AML Korea telah pun memilih peserta dari Korea yang mana peserta tersebut sudah pun dilatih mengikut silibus yang ditetapkan. Manakala AML

Malaysia masih sedang mencari peserta lelaki yang berketinggian 180cm ke atas dan berumur 18 hingga 35 tahun. Pemilihan masih lagi terbuka dan jika berminat, peserta perlu hubungi National Director Malaysia secepat mungkin. Peserta yang terpilih turut sama dilatih mengikut silibus yang telah ditetapkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Menonton Filem FANTASY ISLAND

Betul Ke Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Bakal Nikah 20 Februari?