in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem RUMAH KENTANG: THE BEGINNING

Salam semua pembaca Budiey.com, pada bulan ini menyaksikan banyak sekali filem menarik yang akan berada di pawagam. Antaranya sebuah filem seram yang wajib ditonton. Nah! kepada anda yang nak menang pass menonton filem ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem seram yang dibintangi oleh Luna Maya, Christian Sugiono dan Jajang C. Noer berjudul RUMAH KENTANG: THE BEGINNING.

Filem ini adalah merupakan sebuah kisah yang diangkat dari kisah urban legend masyarakat Indonesia. Akan tetapi Rumah Kentang yang diangkat dalam filem ini adalah kisah Rumah Kentang yang ada di Bandung.

Sebagai informasi untuk pembaca, ada beberapa kisah rumah kentang yang cukup terkenal di Indonesia, seperti rumah kentang di Yogyakarta, Jakarta (daerah Dharmawangsa), hingga ke Depok.

Rumah Kentang: The Beginning

Filem yang diarahkan oleh Rizal Mantovani ini, berlatarkan era tahun 1980 an, dan filem ini mengisahkan bagaimana kisah awal tentang munculnya rumah kentang dalam masyarakat.

Anda sudah menonton trailer filem ini? Nah! Di bawah ini ada trailer yang mana kita boleh menyaksikan babak pelakon Luna Maya memuntahkan kentang dari mulutnya. Percaya atau tidak, Luna Maya tersedak mengulangi babak yang agak mencabar ini sebanyak lima kali. Selain itu, ada beberapa kejadian aneh yang menyeramkan dan tragis dipaparkan dalam trailer ini.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni. Untuk pembaca yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Sinopsis Filem RUMAH KENTANG: THE BEGINNING

Filem ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Adrian dan Sofie yang bekerja sebagai penulis dan pelukis ilustrasi novel seram, tapi mereka berdepan dengan cabaran untuk menghasilkan novel terbaru mereka yang berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Demi mendapat inspirasi untuk novel itu, mereka membawa anak-anak mereka ke rumah lama peninggalan ibu bapa Sofie yang terletak di ladang kentang di Bandung.

Tanpa mereka ketahui, terdapat satu insiden tragis yang berlaku di rumah itu. Kejadian aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk. Kini mereka perlu menyiasat kisah sebenar di sebalik gangguan di rumah itu.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Febuari 2020.

Rumah Kentang: The Beginning

Budiey ada 50 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak yang menyeramkan ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 24 Febuari 2020 (Hari Isnin). Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton RUMAH KENTANG: THE BEGINNING

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 50 tiket untuk pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
24 Febuari 2020 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere RUMAH KENTANG: THE BEGINNING – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #RumahKentangTheBeginningMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #RumahKentangTheBeginningMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan RUMAH KENTANG: THE BEGINNING – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem RUMAH KENTANG: THE BEGINNING

Tarikh tutup peraduan:

23 Febuari 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 27 Febuari 2020 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Rumah Kentang: The Beginning
Rumah Kentang: The Beginning
Rumah Kentang: The Beginning

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Flizzow | 17

ERA Lancar Kempen Pencarian Rapper Berbakat Dalam #RAPSTARERA

Michael Pena Movie Filem | 18

Peraduan Tayangan Menonton Filem FANTASY ISLAND