in ,

Peraduan Club Mickey Mouse Season 2

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  

Tahukah korang semua, Club Mickey Mouse yang merupakan tarikan utama  di saluran Disney Channel kembali untuk musim kedua. Kini, program kegemaran ramai makin menjadi meriah dengan aksi komedi yang menyeronokkan, pelbagai permainan dan lagu asli tempatan yang akan membuat hiburan hiburan keluarga yang sihat.

Club-Mickey-Mouse-Season-2-Key-Art

Menariknya untuk musim ini, ramai selebriti popular yang menjadi tetamu diundang untuk menggamatkan perjalanan musim kedua memeriahkan lagi Club Mickey Mouse bersama kumpulan Mouseketeer!
Charis akan kembali menghidupkan peranannya sebagai Ketua Mouseketeer bersama dengan ahli Mouseketeer lain iaitu Dheena, Erissa, Faiz, Gabriel dan Wafiy.
Kumpulan Mouseketeer yang comel ini akan terus menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga dengan rancangan kontemporari yang menepati citarasa unik tempatan!

Mengimbas kembali perjalanan program ini, Club Mickey Mouse telah diperkenalkan buat julung kali di Asia Tenggara pada September 2017.

Musim pertama rancangan ini menikmati kejayaan yang memberangsangkan, sekaligus menjadi rancangan nombor satu di saluran Disney dengan 2.7 juta penonton televisyen, 11 juta pengunjung platform digital, serta 14 juta tontonan video di Laman Facebok Saluran Disney.

Rancangan beraneka ragam ikonik untuk kanak-kanak ini mula disiarkan pada 1955 di Amerika dan sejak itu telah diberi format baru dan diolah semula supaya ia kekal relevan dengan penonton.

Siri yang mengandungi 13 episod ini akan menyajikan kandungan dalam gabungan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Jangan lupa saksikan Club Mickey Mouse musim kedua ditayangkan setiap Jumaat, 2.30 petang bermula 6 Julai 2018 di Disney (saluran 615). Ia juga dapat dinikmati menerusi On Demand.

Untuk info anda juga, program ini dibawakan oleh Walt Disney sendiri pada tahun 1955, program itu telah disiarkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari segenap golongan terutama kanak-kanak dan remaja di Malaysia.

Rata-rata berpendapat, ianya satu program yang cukup menghiburkan anak-anak dan keluarga melalui muzik, komedi, permainan dan penampilan tetamu selebriti. Untuk info lanjut tentang Disney Channel, anda boleh klik SINI.

Peminat juga boleh menikmati lagu hebat ini di laman Disney Channel Asia YouTube, www.youtube.com/DisneyChannelAsia

Untuk anda dan peminat, apa kata jom sertai keseronokan Mouseketeer dan sama-sama kita raikan perdana misi Club Mickey Mouse dengan menyertai peraduan mudah ini untuk memenangi hadiah hadiah Premium Club Mickey Mouse akan termasuk:

Budiey mahu memilih 10 orang pemenang yang akan memenangi hadiah berikut setiap satu:

Club Mickey Mouse Premiums

  • 1 x Club Mickey Mouse speaker
  • 1 x Club Mickey Mouse bottle
  • 1 x Mickey Mouse pouch 

Peraduan Club Mickey Mouse Season 2

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 buah goodie bag yang berisi barangan Premium Club Mickey Mouse kepada Budieyators dan pembaca bertuah.

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan kesemua ahli Mouseketeer.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya suka menonton Club Mickey Mouse kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email:

Peraduan Club Mickey Mouse Season 2

Tarikh tutup peraduan:

10 October 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada DISNEY CHANNEL dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Sebagai Jururawat Peribadi Dalam Filem EVERYTHING ABOUT HER

The Haunting of Hill House on Netflix