in ,

Cabaran Sebagai Jururawat Peribadi Dalam Filem EVERYTHING ABOUT HER

Cabaran Sebagai Jururawat Peribadi Dalam Filem Everything About Her di TV2

Dirinya bukan sekadar menjadi jururawat peribadi kepada seorang majikan namun peranannya lebih besar lagi dalam menyatukan hubungan ibu dan anak yang telah lama renggang. Begitu pun cabaran yang perlu dihadapinya bukan mudah. Hanya individu yang benar-benar kental hati sahaja yang mampu menghadapinya.

poster Everything about her

Begitulah peranan dimainkan pelakon Angel Locsin menghidupkan watak bernama Jaica dalam filem Filipina bertajuk “Everything About Her” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 8 September ini, pukul 10.30 malam mengisi slot Layar Asia menerusi saluran TV2.

Dalam filem arahan Joyce Bernal ini, penonton diajak mengikuti penceritaan seorang usahawan wanita berjaya, Vivian lakonan Vilma Santos, yang mempunyai kesemuanya termasuklah wang, kemasyuran dan kuasa. Beliau telah bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Albert Mitra (Xian Lim) yang kini berada di Amerika Syarikat.

Pada suatu hari, apabila Vivian menghadiri satu upacara, beliau jatuh pengsan dan seterusnya beliau mendapat tahu bahawa beliau mengidap kanser pada tahap ketiga. Oleh sebab keadaannya kritikal, beliau mengupah seorang jururawat bernama Jaica (Angel Locsin) untuk menjaganya.

Nyata percaturan Vivian tidak salah apabila Jaica menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik sekali. Vivian menjaga makan minum dan tahap kesihatannya hingga Vivian terasa dirinya sudah kembali sihat.

watak Vivian

Tidak lama kemudian, Jaica mula memainkan peranan yang lebih besar dalam hidup Vivian. Jaica telah menjadi jambatan perhubungan antara Vivian dan anaknya Albert yang telah kembali ke Filipina.

Pada mulanya Albert yang telah merasa terabai sepanjang hidup oleh ibunya, merasa marah terhadap beliau. Tetapi, usaha keras dilakukan Jaica semata-mata mahu kedua beranak itu berbaik semula berhasil. Jaica berjaya merapatkan kedua-dua mereka dan seterusnya kesihatan Vivian pun bertambah baik.

watak Jaica

Di samping itu, perangai Vivian yang dulunya angkuh dan sombong mula berubah dan beliau menjadi seorang yang mesra dan bertimbang rasa. Akhir cerita, Albert dan Jaica pun jatuh cinta dan kahwin. Namun adakah Vivian merestuinya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

watak Albert

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE PREDATOR

Peraduan Club Mickey Mouse Season 2