in , , ,

Tahniah! Ahmad Izham Omar Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Khas Untuk Kandungan Kreatif Disney+

The Walt Disney Company Southeast Asia Pte Ltd melantik Datuk Ahmad Izham Omar sebagai Pengarah Eksekutif Kandungan dan Kreatif bagi perkhidmatan ‘streaming’ Disney Plus berkuatkuasa serta merta. Wah! Tahniah buat Datuk, semoga dengan pelantikan ini dapat memberikan nafas baru untuk dunia perfileman Malaysia dan Asia serantau bagi memperkayakan lagi mutu filem dan isi kandungan sebagai alternatif tontonan orang ramai.

Izham sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio (PWS) sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 13 November 2020. Untuk pengetahuan, PWS adalah anak syarikat konglomerat media terbesar Malaysia, Media Prima Bhd. 

Mengikut laporan Variety, susulan perlantikan itu, Izham akan berkhidmat di pejabat berpangkalan di Singapura dan melaporkan kepada Ketua Serantau Walt Disney Company Asia Pacific, Amit Malhotra. 

“Izham akan bertanggungjawab dalam membangunkan dan menerbitkan program asal termasuk perolehan kandungan. 

“Beliau juga akan memantau kandungan produksi untuk program hiburan dan sukan utama,”

Menurut laporan, pelantikan itu adalah bertempatkan di Singapura dan beliau akan terlibat dengan penghasilan dan penerbitan kandungan asli untuk platform tersebut. Beliau juga akan terlibat dengan segala kandungan hiburan lain termasuklah program-program di bawah The Walt Disney Company.

Menurut laporan Variety lagi, dengan penglibatan Ahmad Izham Omar di Disney Asia Tenggara, mereka mungkin akan mengembangkan lagi platform tersebut di pasaran itu. Amit Malhotra iaitu ketua rantau untuk The Walt Disney Company Asia Pacific juga menyatakan beliau berharap Ahmad Izham Omar akan membawa syarikat tersebut ke arah kepelbagaian penceritaan menarik di Disney buat pelanggan.

Buat masa ini, platform penstriman Disney+ semestinya masih belum tiba buat pasaran Malaysia dan Indonesia adalah negara pertama untuk terima platform tersebut buat rantau Asia Tenggara. Dengan pengumuman ini, semestinya pelancaran platform tersebut untuk pasaran Malaysia semakin kelihatan.

Meskipun begitu, buat masa ini Disney masih belum mengumumkannya secara rasmi dan kami pasti akan melaporkannya jika ia diumumkan kelak.

Izham sebelum ini mula berkhidmat di Media Prima sempena pelancaran 8TV, yang mencatatkan kejayaan hebat dan seterusnya melancarkan banyak program hit seperti Malaysian Idol, Shout! Awards dan 8 E-News.

Beliau juga terbabit dalam penubuhan dan pelancaran Rangkaian Radio Media Prima (kini dikenali sebagai RIPPLE) dan melancarkan platform penstriman Media Prima, tonton.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PWS ketika itu, Izham adalah Penerbit Eksekutif Ejen Ali The Movie iaitu filem animasi nombor satu sepanjang masa di Malaysia, dan nombor tiga untuk filem pecah panggung sepanjang masa di Malaysia.

Selain itu, Izham juga adalah Penerbit Eksekutif dan Penulis Skrip lakon layar bersama untuk filem Pulang, iaitu filem Netflix Original pertama Malaysia yang boleh ditonton di seluruh dunia.

Screenshot 2020-11-18 at 5.58.05 AM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shiha Zikir Bakal Ganti Tokti Nyanyi Lagu 7 Nasihat di Separuh Akhir Muzik Muzik 35

tony fernandes airasia-2020

Airasia Food Pacu Perubahan Perniagaan Penghantaran Makanan