in , ,

Pengalaman Masuk di 8 Buah Rumah Hantu di Nights Of Fright 7 Sunway Lagoon

Minggu lalu, Budiey berkesempatan ke Sunway Lagoon untuk mengalami sendiri ketakutan di Night Of Fright (NOF) yang kini sudah memasuki tahun yang ketujuh!

Untuk rekod, Budiey tak pernah lagi ketinggalan untuk masuk ke rumah hantu NOF ni saban tahun. Terima kasih banyak-banyak buat Sunway Lagoon yang sudi menjemput. Kali ini, Budiey bawa sekali 8 orang Budieyators yang rata-ratanya memang terkenal dengan sifat penakut mereka. Hanya ada seorang dua sahaja yang jenis teruja sikit apabila jumpa dengan hantu. Mungkin dia selalu berkawan dengan hantu barangkali. Tu yang dia tak takut tu.

Apa kata korang tonton vlog Budiey di Nights Of Fright 7

Vlog kali ini dihoskan oleh bintang Akademi Fantasia iaitu Erul Samah. Beliau kini sudah mencipta nama di Korea dan sekarang merancang untuk merakam sebuah program realiti TV terbitan Astro. Terima kasih buat Erul yang sudi memberikan kerjasama yang cukup baik.

Sunway Lagoon sekali lagi mempertaruhkan acara wajib mereka setiap tahun yang mana untuk masa terhad ini, pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman yang menyeramkan dalam pelbagai tarikan di NOF.

Nights Of Fright 7

Pesta keseraman ini telah bermula pada 7 Oktober hingga 31 Oktober ini, dan telah dilanjutkan sehingga 3 November di taman tema terkenal, Sunway Lagoon yang telah ‘disumpah’ menjadi rumah hantu yang cukup menakutkan.

Dengan menampilkan 8 buah rumah hantu, 5 kawasan menakutkan, 11 permainan dalam Night Of Fright 7 yang mencabar pasti akan membuatkan setiap pengunjung meremang bulu roma!

Nights Of Fright 7

Sama seperti setiap tahun, NOF akan tampil dengan pelbagai tarikan terbaharu dan berdasarkan pengalaman kami menerusi NOF  sebelum ini, saban tahun ianya semakin menarik dan menyeramkan!

Bagi NOF7, Sunway Lagoon akan menampilkan tarikan terbaharu terdiri daripada 2 acara pentas, 11 permainan yang mencabar adrenalin anda, 2 zon seram, satu panggung teater yang menakutkan dan 8 rumah hantu yang menyeramkan!

  • Scary Tales Theater – BOMOH
  • Sharknado Alive
  • Animalium
  • Horrorwood Studios
  • The Hotel Deville
  • The Plague
  • Blood.Shed
  • Horrorjuku
  • House Of Voodoo

Buat anda yang tertanya, NOF7 akan bermula pada 27 September hingga 2 November 2019 pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula pada 7.30 malam hingga 11.30 malam.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi pautan berikut – Night Of Fright 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ewan Mcgregor | 22

Peraduan Jom Menonton Filem DOCTOR SLEEP

Cha Eun Woo | 23

AROHA Bersorak, Happening Betul CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour di Kuala Lumpur