in , , ,

Peraduan Jom Menonton Filem DOCTOR SLEEP

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini! Jadi apa tunggu, dapatkan 2 tiket percuma dengan menyertai peraduan ini. Lekas sertai sekarang!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa DOCTOR SLEEP anjuran Budiey.com kerjasama Warner Bros. Malaysia bersama beberapa orang selebriti, influencer dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com yang menggemari filem seram terutamanya yang turut mengikuti novel Stephen King’s.

Untuk info pembaca, filem ini adalah adaptasi dari novel Stephen King yang diterbitkan pada tahun 2013 dengan judul sama, yang merupakan sekuel kepada novel yang cukup ikonik berjudul “The Shining” pada 1977 yang juga diadaptasi ke layar perak pada 1980.

Kali ini ia memberi fokus kepada anak Jack Torrance, di mana beliau sekarang sudah dewasa tetapi masih trauma dengan kejadian yang berlaku di Overlook Hotel. Dan bergelut dengan kuasa psikiknya, yang dia gelar sebagai ‘the shining’. Dia menemui tujuan baru dalam hidup selepas bertemu dengan seorang gadis yang mempunyai kuasa sepertinya.

Filem DOCTOR SLEEP
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

Untuk anda yang membaca blog ini, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 5 November 2019 (Hari Selasa) di GSC 1 Utama.

Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 7 November 2019 oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Tonton Trailer Filem DOCTOR SLEEP

Filem yang berdurasi 2 Jam 34 Minit ini dibintangi oleh pelakon Ewan McGregor, Rebecca Ferguson, Kyliegh Curran, Carl Lumbly dan ramai lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini, apa kata tonton trailer di bawah ini:

Selepas menonton trailer di atas ini, Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem DOCTOR SLEEP yang cukup menarik ini.

Filem DOCTOR SLEEP
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

Peraduan Tayangan Premiere Filem DOCTOR SLEEP

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 87 tiket DOCTOR SLEEP untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

5 November 2019 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Sebanyak 87 keping tiket DOCTOR SLEEP perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DOCTOR SLEEP – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #DoctorSleepMY

Anda perlu mencipta slogan kreatif dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan dua pelakon utama yang memegang watak utama dalam filem ini?
  2. Emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem DOCTOR SLEEP kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem DOCTOR SLEEP – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

3 November 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 7 November 2019 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures.

Filem DOCTOR SLEEP
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved
Filem DOCTOR SLEEP
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved
Filem DOCTOR SLEEP
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Ariffin Mesra Dengan Intan Najuwa, Tiz Zaqyah Cemburu dalam SETELAH KU DIMILIKI

Pengalaman Masuk di 8 Buah Rumah Hantu di Nights Of Fright 7 Sunway Lagoon