in , ,

AROHA Bersorak, Happening Betul CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour di Kuala Lumpur

Pada 27 Oktober lalu, Budiey Channel berkesempatan untuk mengikuti satu perjumpaan seorang selebriti dari Korea bernama Cha Eun-Woo. Kami sangat bertuah kerana dijemput untuk buat liputan sepanjang Cha Eun-Woo bertemu peminat Malaysia sempena siri jelajah 2019 CHA EUN-WOO 1st fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR!.

Fuh! Sangat happening uols! Memang rugi siapa yang terlepas peluang menyaksikan konsert 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur! ni. Beliau merupakan penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan. Seperti yang semua tahu, Eun-Woo merupakan salah seorang anggota kumpulan ASTRO yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Fantagio Music Entertainment.

2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music

Beliau bergiat aktif sejak 2016 menerusi beberapa bidang termasuk lakonan, pengacaraan termasuk menjadi duta produk. Eun-Woo yang dikenali sebagai ‘Face Genius’ (lelaki yang sungguh tampan). 

2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music

Pada malam tu, apa yang boleh kami katakan, persembahan beliau penuh energetik serta bertenaga dan mantap dari Cha Eun-Woo cukup membuatkan hujung minggu kami lebih bermakna dan akan diingati sampai bila-bila. Kami cukup teruja kerana sesi bertemu peminat Eun-Woo adalah sebahagian dan kesinambungan daripada pelan ‘Crazy 20’ penganjur konsert, MacpiePro. Thanks MacpiePro!

2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music

Bayangkan, dewan penuh dengan peminat yang datang dari setiap pelusuk negeri dan luar negara membanjiri Menara PGRM, Kuala Lumpur bagi menyaksikan sendiri persembahan memukau dari Cha Eun-Woo.

2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music

Peminat di Menara PGRM, Kuala Lumpur dikejutkan apabila Cha Eun-Woo mendendangkan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’ oleh Aizat Amdan. Memang best betul. Kami tak sangka beliau dapat menyanyi lagu bahasa Melayu dengan cukup baik sekali. Boleh tahan jugak dia ni.

AROHA memang sangat beruntung sebab dapat menyaksikan Oppa kesayangan mereka mempersembahkan lagu kegemaran mereka dan merasai kehangatan ‘aura’ Cha Eun-Woo secara live!

Persembahan Cha Eun-Woo ini mendapat sambutan luar biasa daripada 1,900 penonton yang turut terpukau dengan kehebatan vokal ahli kumpulan ASTRO ini dan apa yang pasti bukan ‘miming’.

Berikut adalah agenda dan susunan acara pada malam yang penuh nostalgia itu:

SONG 1: Please Remember ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’ OST

SESSION 1Challenge! CHApago
SESSION 2C.M.I (Cha Eun-Woo Much Information)

SONG 2: Love yourself

SONG 3Sampai Ke Hari Tua (Until the old days)
SESSION 3Cha!possible
SESSION 4Made by ‘Cha Eun Woo’
SONG 4Rainbow Falling ‘’My ID is Gangnam Beauty’ OST
SONG 5You & Me
2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music

Percaya atau tidak, nama sebenarnya ialah Lee Dong-min? Tapi menggunakan nama lain sebagai nama pentasnya iaitu Cha Eun-Woo. Beliau mendapat nama ini menerusi drama web yang dibintanginya pada 2015 bersama-sama anggota ASTRO yang lain. Dalam drama berjudul “To Be Continued”, wataknya yang bernama “Cha Eun-Woo” mencuri perhatian ramai. Sejak itu, beliau membuat keputusan untuk menggunakan nama pentasnya itu.

2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music

Eun-Woo bukan sahaja berbakat dalam dunia kesenian malah juga merupakan pelajar cemerlang sebelum menceburi dunia hiburan. Beliau menonjolkan sifat kepimpinan yang terserlah pada usia muda lagi.

2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music

Di zaman persekolahannya, beliau dipilih sebagai ketua kelas sebelum dilantik sebagai presiden badan pelajar sekolah ketika berada di darjah enam. Walaupun tidak pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara, Eun-Woo fasih berbahasa Inggeris.

Dalam rancangan realiti ‘Those Who Cross The Line’, beliau mengejutkan selebriti yang lain apabila mampu bertutur dalam bahasa Inggeris apabila membuat penggambaran di Berlin. Beliau mendedahkan bahawa beliau belajar bahasa asing tersebut dengan tekun di sekolah. Eun-Woo juga merupakan pemain bola sepak dan bola keranjang yang handal.

2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music
2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music
2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music
2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur
Kredit Foto: MacpiePro & Fantagio Music

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Masuk di 8 Buah Rumah Hantu di Nights Of Fright 7 Sunway Lagoon

Kisah Cinta Hafiz Suip & Adira dalam TAKDIR TERCIPTA