in ,

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian seorang lagi pelawak iaitu Kamal Chilok yang dikatakan telah koma tak sedarkan diri setelah terlibat dengan kemalangan.

Pada 12 Oktober, hari Sabtu, anggota kumpulan lawak Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, berusia 30 tahun atau lebih dikenali dengan nama Kamal Sumbu telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Allahyarham diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.40 petang setelah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal gara-gara terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari Khamis (10 Oktoberl lalu).

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Pada Khamis itu, Kamal diberitakan terbabit dalam satu kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang selepas menghantar tempahan patin tempoyak seorang pelanggan di Putrajaya. Beliau dibawa ke Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Akibat dari kemalangan itu, Kamal dilaporkan tidak sedarkan diri dan koma setelah mengalami kecederaan patah di bahagian bahu, kaki serta pendarahan di kepala selepas kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV).

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Menurut saudara Allahyarham yang juga penyampai radio, Isma Halil Hamzah, Kamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya kerana komplikasi akibat kemalangan tersebut.

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Kepada yang tak kenal dengan Kamal Chilok, allahyarham merupakan bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 di mana dalam pertandingan itu, allahyarham menyertai bersama dengan Chiwan dan Achok. 

Malang tak berbau, allahyarham tak sempat untuk menyertai MLM 2019 yang bakal bermula pada 1 November 2019. 

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Menurut Chiwan, jenazah Allahyarham Kamal akan dimandikan di Hospital Putrajaya sebelum dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada hari ini, Ahad. 13 Oktober. 

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Terdahulu, Kamal menyertai kumpulan KRONI dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie, selain berentap di Maharaja Lawak Mega 2014 menerusi kumpulan Kepoh.

Selain itu, beliau menerusi kumpulan Sumbu, pernah merangkul gelaran naib juara dalam program Bintang Mencari Bintang 2014 serta tempat kelima Bintang Bersama Bintang.

Kamal dikatakan akan turut berentap di kerusi panas MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Arwah yang juga bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor pernah memberitahu mahu meluaskan bakat sebagai penyampai radio.

Selain bergelar pelawak, beliau turut menyara kehidupan dengan mengusahakan perniagaan patin tempoyak menggunakan kaedah ‘cash on delivery’ (COD) atau pembayaran secara tunai semasa penghantaran, sejak awal tahun 2018.

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019, Allahyarham Kamal meninggalkan balu, Bea Zhari yang difahamkan sedang hamil anak sulung mereka.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia
Pelawak Kamal Chilok Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

All You Need Is Love & Great Music at Resorts World Genting

Hafreez Adam & Zara Zya Selamat Bertunang