in ,

Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5

Terdengar takbir Syawal tersedu 
Mila bersalam penuh ceria 
Budiey di sini menumpang lalu
Mengucap salam lebaran mulia

Awal Syawal hari kemenangan
Peminat Fatin saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan

Lemah gemalai Dekna menari
Heliza tersenyum cantik dipandang
Meriah berkumpul di Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Ebi dan Rizal mandi di perigi
Noni dan Diya menilik diri
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Berhati-hati dijalan raya
Itulah pesan si Linda jelita
Sama-sama menyambut raya
bermaaf-maafan di hari bahagia

Aizat orangnya sangatlah mesra
Bersama Farha sering ketawa
Indah gembiranya berhari raya
bersyukurlah kita nikmat yang ada

Candy bersolek berseri-seri
selepas bersolek pergi ke pekan
Budiey menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap maafkan

Terima kasih tidak terperi
atas budimu duhai pembaca
Ambil kesempatan ucapan diri
selamat hari raya pada semua

[tags]pantun hari raya, aidilfitri kisah sedih, aidilfitri akademi fantasia, album hari raya af, muattturun mp3 lagu raya af, akademi fantasia lagu raya, mawi, mila lagu raya, lagu raya terbaru maestro, candy, aizat, mila gossip ebi, ebi bercinta mila, noni, diya, farha, download mp3 raya song[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majls Berbuka Puasa Bersama Sinar FM

Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Heliza AF5