in , ,

Nyanyian Semula LAYU DI HUJUNG MEKAR Afieq Shazwan Trending di Youtube

Lagu malar hijau LAYU DI HUJUNG MEKAR adalah sebuah lagu yang pernah di popularkan oleh kumpulan RIO kini Kembali menghantui telinga pendengar apabila dinyanyikan semula dalam rakaman baru oleh Afieq Shazwan.

Setelah 4 hari dilancarkan di Youtube rasmi FMC Music jumlah tontonan kini hampir mencecah ke 500 ribu tontonan dan telah pun trending.

“Alhamdulillah saya bersyukur percubaan saya menyanyikan Kembali lagu – lagu berhantu tahun 90an mendapat sambutan dan sokongan dari pencinta muzik tanah air.

Saya rasa sangat gembira. Selain saya minat lagu-lagu ini, saya juga dapat memnonjolkan kelainan dan kemampuan vokal saya menyanyikan lagu-lagu balada dan bernada tinggi,”

– Afieq Shazwan
Layu Di Hujung Mekar

“Asalnya saya nyanyi lagu ni suka – suka sahaja. Dan Ketika nyanyi lagu ni saya record dan siarkan di IG story, maklum balas dari pengikut IG dan peminat sangat positif dan mereka minta Afieq buat lagi lagu-lagu cover ni. Sebenarnya lepas post lagu ni di IG story.

Baru Afieq tahu  lagu ini juga diterbitkan oleh syarikat rakaman FMC Music juga. So bila berbincang dengan FMC Music, kami bersepakat untuk record semula lagu ini”

Sebelum Layu Di Hujung Mekar, lagu Malam Semakin Dingin duet bersama Tajul telah viral dan telah mencecah 15 juta tontonan di youtube rasmi FMC MUSIC setelah di lancarkan 2 bulan yang lalu.

Layu Di Hujung Mekar

“Setelah melihat sendiri impak Malam Semakin Dingin dan Layu Di Hujung Mekar, saya yakin dan percaya bahawa sebenarnya selera pendengar dan penggemar muzik di Malaysia kini masih lagi sukakan genre lagu – lagu yang sebegini. Buktinya bila lagu ini dilancarkan ramai yang DM saya bagi sokongan dan mereka menyatakan bahawa lagu – lagu sebegini sedap didengar dan malar segar. Dan mereka mahukan banyak lagi. Kalau kita pergi ke pusat karaoke pun kebanyakan mereka yang berkunjung ke situ akan memilih lagu – lagu yang sebegini untuk dinyanyikan betu tak ? “

“Saya berterima kasih kepada FMC Music kerana percayakan bakat saya, dan saya juga turut berterima kasih pada semua yang menyokong kerjaya nyanyian saya. Doakan semoga saya terus sukses dan dapat melebarkan sayap kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon”

Layu Di Hujung Mekar

Layu Dihujung Mekar versi Afieq Shazwan telah dilancarkan di youtube rasmi FMC MUSIC serta semua platform music pada 26 November 2021 yang lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Altimet

Altimet Sambut Hari Lahir Ke Era Metaverse Dengan Keluaran NFT Eksklusif di PENTAS.IO

Tony Fernandes Airasia-2020

airasia ride & Trapo Bekerjasama Untuk Menyediakan Pengalaman Perjalanan Yang Lancar