in ,

airasia ride & Trapo Bekerjasama Untuk Menyediakan Pengalaman Perjalanan Yang Lancar

Industri pelancongan di Malaysia kini semakin rancak berikutan sekatan perjalanan yang telah dibuka dan destinasi pelancongan popular kini menyaksikan permintaan kembali kepada keadaan pra-pandemik.

Kami sendiri telah melihat peningkatan ketara bilangan pelancong dalam penerbangan kami di bawah gelembung perjalanan Langkawi apabila ia diumumkan pada bulan September lalu. Para tetamu dan peniaga di Langkawi turut mendapat manfaat besar daripada permintaan perjalanan yang tinggi untuk perjalanan udara.

Walau bagaimanapun, dengan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan, timbul soalan bagaimana para pelancong boleh meneroka pulau tersebut dengan cara yang paling mudah dan jimat? Jawapannya adalah airasia ride!

Airasia Ride

Dilancarkan pada bulan Ogos 2021, platform e-panggilan baharu ini menyediakan penyelesaian kepada para tetamu yang memerlukan pengangkutan sebaik sahaja tiba di destinasi mereka. Semestinya cara yang lebih baik untuk membuat tempahan pengangkutan adalah melalui satu super app! Sebaik sahaja para tetamu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, mereka boleh menempah perjalanan ke hotel atau destinasi lain dengan mudah menggunakan airasia ride di airasia Super App.

Selain memastikan semua pemandu kami divaksin sepenuhnya, airasia ride juga memberi subsidi untuk kit ujian kendiri COVID-19 untuk para pemandu yang membolehkan mereka melakukan ujian jika perlu. Mereka juga dikehendaki mematuhi SOP yang ketat, seperti sentiasa memakai pelitup muka, menyediakan kod QR MySejahtera dalam setiap kenderaan, dan membersihkan kenderaan dengan kerap bagi memastikan kereta mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk para penumpang. Dalam pada itu, airasia ride menyedari bahawa kami boleh menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.

“Kami memulakan kerjasama dengan Trapo, jenama aksesori automotif terkemuka tempatan untuk menambah ciri kebersihan baharu untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik,” kata Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride

“Kami mendengar dan memahami kebimbangan para penumpang. Apabila kes COVID-19 mula menurun pada awal bulan September, penumpang yang ingin melakukan perjalanan masih bimbang tentang keselamatan mereka di sepanjang perjalanan. Justeru, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan dengan tambang rendah, selamat dan cekap supaya mereka tidak perlu lagi risau apabila membuat perjalanan bersama orang tersayang.” 

Memperkenalkan Trapo Rides  

Kini, penumpang yang menaiki airasia ride boleh memilih “Trapo Rides” apabila mereka menempah perjalanan seterusnya yang ditawarkan dengan ciri kebersihan baharu.

Trapo Asia adalah jenama aksesori automotif yang ditubuhkan di Melaka pada 2016, oleh dua beradik, Tzong dan Zare Lee. Jenama ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menggunakan semula sisa industri dan menjadikannya sebagai produk automotif menarik untuk pengguna harian.

“Apabila kami mendengar visi airasia ride dari segi menyediakan pilihan kebersihan untuk penumpangnya, kami berkongsi rancangan untuk memasang Tikar Kereta Antibakteria Trapo Klasik kami,” kata Ionut Danifeld, Ketua Pegawai Pemasaran Trapo.

“Tikar kereta yang ditempah khas ini direka dengan Teknologi Silver Ion dari Jepun yang dipatenkan dan membolehkan tikar ini menghapuskan 99.9% kuman dan bakteria, di samping mengekalkan ciri-ciri uniknya seperti tahan calar, kalis air dan bebas bau.”

<img src=”https://images.squarespace-cdn.com/content/v1/5a5dbe4632601eb31977f947/1638419838780-JN6ZJNQ9BS0DFJK0L0TO/e92c657e-ea1d-4a6f-95bf-f8b5a03f1719+%281%29.jpeg” alt=”e92c657e-ea1d-4a6f-95bf-f8b5a03f1719 (1).jpeg” /> <img src=”https://images.squarespace-cdn.com/content/v1/5a5dbe4632601eb31977f947/1638419839020-52KUPGO2N7XG5LM4YG0M/0d22c731-089a-48dd-a842-4ed3516004a2.jpeg” alt=”0d22c731-089a-48dd-a842-4ed3516004a2.jpeg” />

“Pasukan kami juga telah memasang teknologi Nano Pro Coating sendiri di dalam kenderaan di mana ia menghapuskan 99.9% bakteria dan virus sambil menghalang sebarang bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta. Setiap pemandu juga diberikan Oxtra Handheld Vacuum V2 untuk memudahkan mereka membersihkan kereta dengan lebih kerap.”

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Trapo bagi menyediakan ciri-ciri hebat kepada penumpang kami selaras dengan DNA airasia iaitu memberikan nilai hebat dan perjalanan paling selamat sama ada dalam penerbangan atau kenderaan. Selain Langkawi, airasia ride boleh didapati di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka dan Johor. Kami berharap semua orang memuat turun airasia Super Aopp hari ini untuk menikmati pengalaman perjalanan paling selamat dalam pasaran,” tambah Lim.

Disokong oleh AirAsia Media Group

Kerjasama antara airasia ride dan Trapo disokong oleh AirAsia Media Group, penyelesaian pemasaran yang unik dengan integrasi teknologi pengiklanan dan data melalui kandungan dan saluran penerbitan, yang fokus kepada para pelancong dan budaya pop di Asean.

Sean Ter, Ketua AirAsia Media Group berkata, “Matlamat kami sebagai cabang media AirAsia adalah untuk menyokong, mengedar dan menyatukan aset pengiklanan AirAsia di seluruh kumpulan syarikat, seterusnya menjana hasil kepada rakan kongsi pengiklanan kami, sama ada dalam talian atau dalam penerbangan hingga ke destinasi yang dituju.

For airasia ride’s partnership with Trapo, we created an omnichannel campaign that allows our passengers to experience how Trapo can help make their rides safer and more hygienic, by getting to try out the Trapo Class Mats themselves on our special Trapo Rides. Additionally, all airasia customers will also receive 1 BIG Point for every RM1 spent on Trapo.”

“Untuk kerjasama airasia ride dan Trapo, kami mencipta kempen pelbagai saluran yang membolehkan para penumpang kami menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan bersih dengan tikar Trapo Class Mats melalui pilihan Trapo Rides. Selain itu, semua pelanggan airasia juga akan menerima 1 BIG Poin untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk produk Trapo.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afieq Shazwan | 14

Nyanyian Semula LAYU DI HUJUNG MEKAR Afieq Shazwan Trending di Youtube

Shalma Eliana Yana

Shalma Eliana Kini Yana, Kini Lancar Single YOUR LOSS