in ,

TV2 Siar Pertandingan Seni Warisan Randai di Seremban, Negeri Sembilan

Pertandingan Seni Warisan Randai mendapat tajaan siaran daripada KRS Travel Sdn Bhd dan kerjasama daripada rakan strategik RTM yang lain.

RTM terus komited dalam memartabatkan seni warisan tradisional dengan menganjurkan Pertandingan Seni Warisan Randai. Pertandingan yang dianjurkan RTM Negeri Sembilan ini akan berlangsung pada 27 Mei 2023 (Sabtu), pukul 9.00 malam, bertempat di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban dan disiarkan secara langsung melalui saluran TV2 dan menerusi platform aplikasi RTMKlik.

TV2 Siar Pertandingan Seni Warisan Randai di Seremban, Negeri Sembilan

Persembahan berkonsepkan Malaysia Madani menggabungkan lima kumpulan bakal berentap menerubut juara. Juara akan menerima wang tunai RM8,000.00, naib juara RM6,000.00 dan tempat ketiga RM4,000.00. Tempat keempat dan kelima masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM3,000.00.

Pertandingan Seni Warisan Randai mendapat tajaan siaran daripada KRS Travel Sdn Bhd dan kerjasama daripada rakan strategik RTM yang lain.

Pada majlis sama, NEGERIfm memberi penghargaan khas kepada tokoh Randai iaitu Allahyarham Pakpen bagi mengenang jasa beliau dalam memartabatkan kesenian ini.

Untuk info, Randai merupakan satu daripada cabang kesenian rakyat yang terdapat di Negeri Sembilan dan biasanya dipersembahkan dalam loghat Minang. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Randai bermaksud “sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang yang berdiri melengkung sambil bernyanyi-nyanyi dan bertepuk tangan”.

Menggabungkan pelbagai elemen seperti seni tari, seni silat, seni muzik dan kesusasteraan. Keunikan persembahan Randai ini menjadi warisan seni yang tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas di Negeri Sembilan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

POLIS EVO 3

Filem POLIS EVO 3 Raih Kutipan RM1.3 Juta Semasa Tayangan Awal

AZREL ISMAIL

Nafi Dakwaan Norlia Ghani & Azrel Ismail, Awesome TV Tuntut Permohonan Maaf