in ,

Gambar Selebriti di Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Ke-5

Seawal jam 9 pagi, Karnival Akademi Fantasia berlangsung. Banyak gerai dan booth Kelab Peminat Bintang AF disediakan untuk pengunjung.

Petangnya, seawal jam 5 petang, ada persembahan pentas dari bintang Akademi Fantasia. Tiada red karpet yang boleh menjadi tempat untuk jurufoto tak bertauliah seperti saya untuk mengambil gambar selebriti dengan lebih dekat. Banyak gambar selebriti dapat diambil ketika sidang media Akademi Fantasia Konsert Akhir. Dalam kalut nak balik rumah, hanya ini yang sempat saya titipkan buat pembaca Sensasi Selebriti. 

505146756 Ddc669A92C O | 3

Guru tarian, Linda Jasmine tampil begitu anggun dan menyerlah di Konsert Akademi Fantasia dengan mengenakan gaun merah pekat menyala. Cantik, retro, eksklusif dan bergaya.

505146560 Ddd3Fe3A34 O | 4

Rizal sememangnya pandai bergaya depan kamera. Banyak pose yang memberi simbol di mana Rizal ada bakat menjadi model dan duta produk. Atau setidaknya, Rizal akan digemari kerana mesra dengan media. Jurufoto pun suka dengan selebriti begini yang sporting dengan menampilkan gaya-gaya yang meletop!

505176941 9D8345Ee6E O | 5

Foto Rizal ini diambil khusus untuk kelab peminat Rizal… Amacam, okay tak? Nak lagi…?

505176625 20F458Aa1F O | 6

Nah! Tuu diaaaa… bergaya posing sakan… ada muka Jamal Abdillah sikit. Katanya, Rizal dah kena lamar kat seorang penerbit filem… Mmmm… 🙂

505176085 74Fba4A035 O | 7

Shawal… rupanya dia lebih tinggi dari saya. Kalau nak kira saya dah cukup tinggi tapi Shawal ni lebih kurang tinggi dia macam Farha. Apa petua dan tips untuk tinggikan badan? Jawabnya, makan cili banyak-banyak, makan kacang panjang… lepas tu, kena selalu bersenam kata dia… Betul ke ni petua dia? Saya kata, nak tinggi kena makan makanan yang ada zat kalsium yang tinggi seperti susu dan telur. 🙂

505144924 A613B48Bb0 O | 8

Fatin, ada staillah. Masih slim molim seperti seadanya.

505175309 2Be35C3Bb5 O | 9

Ini dia antara bintang kegemaran saya, Dekna. Karakter gediknya pernah mengundang isu. Soal kawan-cinta Dekna dengan Rizal pernah dijadikan modal astro. Akhirnya, Dekna kata yang dia dah pun bertunang. Terbaru, katanya hubungan Dekna dengan tunangannya sedang bergolak.

505144182 D8D2D79335 O | 10

Wow Dekna… menghelip!

505143866 E2833F5F6C O | 11

Farha, pelajar paling tinggi di AF5. Rapat dan akrab dengan Dafi yang sememangnya ramai tahu Dafi adalah adik angkat Farha. Persembahan Farha ketika tribute buat Aznil semalam memang menyentuh perasaan saya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Jirin | 31

Sedap Betul Lagu Ini, Ini Lirik PERSIS MUTIARA Mila Jirin Yang Korang Cari Tu kan?

Hiasan Trending Viral | 32

Tahniah! Mila Juara Wanita Pertama Akademi Fantasia