in , ,

Gossip Selebriti: Misteri Adam Yang Dikatakan Telah Lupa Daratan, Apa Yang Terjadi?

Penyanyi lagu Joget Lambak, Adam dikatakan telah memutuskan hubungan dengan keluarga angkat yang selama ini telah menjaganya.

Menurut Harian Metro, Adam banyak berahsia, kerap keluar malam dan pulang awal pagi. bapa angkatnya sendiri pun tidak tahu apa yang telah terjadi kepadanya. dia dikatakan tidak membalas SMS bahkan tidak cuba menghubungi keluarga angkatnya itu. Menurut bapa angkatnya lagi, beliau begitu kecewa dengan kelakuan Adam, dan kerana kelakuannya ini, ibu angkat Adam telah jatuh sakit kerana terlalu merindui beliau.

Bukan itu saja, promosi album Adam II terbengkalai sebab Adam  gagal dihubungi. Adam kini dikatakan berada di Sabah, dan tidak mahu diganggu. Isunya mengapa Adam menghilang diri?

SS : Lagi satu kisah bintang AF, tiba-tiba bikin spekulasi. Apa yang sebenarnya berlaku pada Adam agaknya ya? Apa-apa pun, harapnya Adam tidak jadi macam kacang lupakan kulit atau habis madu sepah dibuang.

sumber: Kosmo & Harian Metro

What do you think?

76 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tahniah! Mila Juara Wanita Pertama Akademi Fantasia

Gambar Finalis Akademi Fantasia 5, Tahniah Buat Semua Pemenang! Sukses Selalu