in

Melissa Indot Lancar Single Pertama You & Me

Penyanyi yang pernah memenangi Album Inggeris Tempatan Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-15, Melissa Indot kini bersedia untuk menggegarkan senario muzik dengan single terbarunya, “You and Me”. Budiey dikhabarkan tentang single pertama dari album terbarunya, kini sudah mula dimainkan di radio dan kian menarik perhatian peminat muzik tanahair.

You & Me – Single Pertama Melissa Indot, dari album MDot

Artis versatil ini begitu teruja kerana niatnya untuk berkongsi karya eklektik beliau kini menjadi kenyataan setelah sekian lama bekerja keras untuk pembikinan albumnya yang kedua. Lirik dan muzik oleh Melissa sendiri, karya ini menggambarkan perjalanan seni beliau semenjak album “ECLECTICISM” beliau, yang telah memenangi Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 15) kategori Album Inggeris Terbaik.

“You & Me” adalah hasil dari pengalaman peribadi Melissa sendiri, di mana kita semua sebenarnya berkait di alam ini dan seterusnya, sinergi di sekeliling kita yang menjana dan membentuk keperibadian kita.

“Saya percaya bahawa setiap tindakan memberikan kesan, sama ada secara langsung atau tidak, dan dengan itu, kita semua harus sentiasa hargai mereka yang di sekeliling kita.”

Single terbaru beliau “You & Me ” kini boleh didapati di semua platform digital. Nantikan MDot, album studio kedua Melissa yang akan berada di pasaran penghujung bulan Oktober ini.

Dengar You & Me melalui pautan : http://t.co/1Y9vOtVki5 & Lights Cover acoustic: http://youtu.be/iYIsp2WM94w

Ikuti Melissa Indot:

www.facebook.com/pages/melissa-indot

www.twitter.com/melissaindot

www.instagram.com/melissaindot

www.melissaindot.com

You & Me - Single Pertama Melissa Indot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Mega Pesta Indonesia Tampil Lagu Terbaik

Persembahan Eksklusif Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra