in ,

Persembahan Eksklusif Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Penyanyi Anuar Zain bakal buat persembahan eksklusif di Malam Jalinan Mesra Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM)di Pusat Konvensyen TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada 19 Oktober depan jam 8 malam hingga 10 malam.

Anuar Zain

[pullquote align=”right”]Satu sidang media bersama Anuar Zain telah diadakan pada hari Selasa, 17 September yang lalu di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.[/pullquote]

Acara ini diadakan untuk mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada tabung Kelab Sukan dan Kebajikan  Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ( KESPERB ) dan akan digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Majlis ini juga mendapat kerjasama dari syarikat Sutera Qaseh Resources sebagai pengatur majlis agar lebih sempurna.

Selain itu, sebahagian daripada hasil jualan meja antara RM3,000 hingga RM30,000 akan disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan. Majlis yang turut mendapat kerjasama Sutera Qaseh Resources itu akan dihiburkan oleh suara emas Anuar Zain yang akan menyanyikan tujuh buah lagu dengan durasi konsert selama setengah jam. Selain itu, peminat yang sudi menderma juga dapat beramah mesra bersama Anuar Zain di majlis ini.

“Selepas konsert solo saya tempoh hari memang saya ada banyak tawaran nyanyian, tetapi saya tidak ambil kerana tidak mahu jaraknya terlalu dekat dengan konsert . Malah, saya juga tidak terlibat dengan Minggu Setiausaha. Saya bersetuju untuk terlibat dengan makan malam ini sebab ia diadakan selepas lapan bulan konsert saya berlangsung. Seperti biasa, setiap kali mengadakan persembahan, saya mahukan intimasi dengan penonton. Saya mahu peminat berasa dekat dengan saya. Saya akan menyanyikan lima buah lagu pada malam itu dan salah satu lagu nanti merupakan lagu baru.”

Konsep makan malam kali ini adalah intimasi di mana Anuar Zain akan menghiburkan peminat dan juga menjadikan makan malam ini medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama peminatnya.

Tema yang dipilih untuk majlis makan malam eksklusif ini adalah Eksklusif Bersama Anuar Zain. Budiey kira tema ini sesuai dan bertepatan dengan Anuar Zain yang selama ini kekal sebagai penyanyi yang begitu eksklusif dari segi persembahannya yang mantap dan juga kisah perjalanan seni yang cukup hebat dan disegani.

“Akan ada sesi bertemu peminat untuk mereka yang membeli meja Platinum (RM30,000). Selepas berhibur dengan nyanyian saya, peminat boleh bertemu saya secara dekat. Saya tidak ada masalah untuk luangkan masa dengan peminat. Saya tidak kedekut masa. Malah, sebelum ini saya pernah meluangkan masa sehingga empat jam untuk sesi bertemu peminat.”

Budiey pastinya akan menyokong Persembahan Eksklusif Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra ini sebab ianya diadakan untuk mengutip dan ia satu pertunjukkan amal. Syabas untuk Anuar Zain. Satu usaha yang sangat bagus sebab ia dapat membantu orang yang kurang bernasib baik.

Tempahan meja

Jika anda pembaca sekalian yang berminat untuk membeli tiket, bolehlah menempah dengan menghubungi Didi di talian 017-3577537, Imazara 017-4040001 dan pejabat 03-62064756. Menu adalah berkonsepkan makanan ala Cina. Harga meja bermula dari RM3,000 hingga RM30,000 untuk satu meja ( 10 orang)

  1. Platinum : RM30,000 ( terdapat juga sesi eksklusif Anuar Zain bersama peminat jika anda menempah meja platinum )
  2. Gold : RM10,000
  3. Pandora :RM7,000
  4. Swarovski : RM5,000
  5. Silver : RM3,000

Budiey rasa Budiey akan beli tiket untuk menyaksikan persembahan ini. Walawei, tak sabar nak tengok persembahan Anuar Zain ni. Kali terakhir menonton persembahan Anuar Zain semasa beliau menjayakan Konsert Anuar Zain 3 Dekat di Stadium Malawati pada bulan Februari 2013 yang lalu. Okay, jom kita tengok gambar-gambar sekitar Sidang Media Bersama Anuar Zain, gambar kredit Portal Gua dan Facebook Sam Kassim:

Persembahan-Eksklusif-Anuar-Zain-Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Gambar Anuar Zain di Malam Jalinan Mesra

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melissa Indot Lancar Single Pertama You & Me

Filem Carmina Arahan Hans Isaac Bakal Cetus Kontroversi