in ,

Spot The Celebrities dalam Muzik Video DANCE Melissa Indot

Akhirnya muzik video untuk single terbaru berjudul DANCE dari penyanyi Melissa Indot telah pun dilancarkan di Youtube Channel beliau – MELISSA INDOT. Budiey dah tonton muzik video ini pada petang tadi dan merasakan muzik video ini sangat unik kerana ia menampilkan begitu ramai rakan kenalan termasuk selebriti yang rapat dengan beliau sebagai cameo atau penampilan khas.

Kepada anda yang dapat menjejak atau spot selebriti yang Budiey maksudkan, ada tiga hadiah iaitu baju T Pop Musesic dari Melissa sendiri untuk diberikan kepada pembaca yang dapat memberi nama dua orang selebriti yang ada tampil dalam muzik video ini.

Spot The Celebrities dalam Muzik Video DANCE Melissa Indot

Tiga orang pembaca yang menghantar penyertaan terawal akan mendapat hadiah tersebut.

Untuk info, muzik video ini diarahkan oleh Susan Lankester dan turut menampilkan ibu kepada Melissa Indot sendiri iaitu Datin Pat Indot. Kalau anda tonton muzik video ini, ia menampilkan juga momen yang begitu nostalgik terutamanya gambar-gambar kenangan yang begitu menyentuh jiwa dan manis yang mahu dikongsikan oleh Melissa Indot bersama peminatnya.

Subscribe youtube link: http://youtu.be/qQJ776K-eTc
Share Melissa’s FB post at: www.facebook.com/melissaindot

Spot The Celebrities dalam Muzik Video DANCE Melissa Indot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancar Drama Bersiri SELUDUP

Peraduan Tayangan Premiere Juon 3: The Beginning of the End