in ,

Melissa Indot Lancar Single Ketiga Berjudul DANCE

Sejurus kejayaan Melissa Indot dengan lagu “Come When I Call”, yang telah mengungguli carta Hitz FM MET 10 carta selama 2 minggu, Melissa, kini memberi tumpuan beliau kepada single terbarunya, “Dance”. Lagu ini, yang khusus dicipta untuk Ibu beliau, memberi satu peringatan kepada semua agar menghargai mereka yang sentiasa berada di samping kita tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Video muzik ini berlainan kerana ia menggunakan gambar vintaj peminat dan rakan-rakan Melissa bersama ibu mereka, mengingatkan semua yang cinta seorang ibu sememangnya tidak terbatas . Diarahkan oleh Susan Lankester, yang sudah sedia terkenal dengan penglibatan beliau dalam arena filem dan dunia seni Malaysia sejak tahun 1983 apabila dia mula berlakon dalam filem “Mekanik” dan baru-baru ini dalam filem berbahasa Inggeris, “Take Me To Dinner”.

DANCE – Single Ketiga Melissa Indot, dari album MDot

“Sememangnya penggambaran video muzik “Dance” adalah satu pengalaman yang begitu bermakna. Susan dan saya mempunyai keserasian dan kami berkongsi pendapat yang sama tentang kehidupan dan minat yang mendalam di dalam dunia seni. Untuk menjayakan video muzik ini, saya memulakan sebuah kempen melaui media sosial saya dan meminta rakan rakan dan juga peminat untuk menghantar gambar lama mereka bersama ibu tercinta. Sambutan yang diterima amat menggalakkan!

Terdapat juga beberapa selebriti Malaysia yang turut menyumbangkan gambar mereka. Anda boleh tonton sendiri dan cuba lihat sekiranya anda boleh mengenali ikon hebat Tun Dr Siti Hasmah dengan anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir dan juga Ineza, yang merupakan anak generasi ketiga dari keluarga yang begitu dikenali ini. Turut serta Datuk Sheila Majid, Sofia Jane, Hunny Hatim dan DJ Blink. Kesemua gambar tulus memancarkan ikatan istimewa antara anak dan ibu”, Melissa berkata.

Video muzik “Dance” akan disiarkan buat pertama kali melalui program Bella NTV7, Khamis 3 Julai, 2014. Saksikan penampilan istimewa ibu Melissa, Datin Pat Indot! Diarahkan oleh Susan Lankester, turut ada penampilan khas ibu Melissa sendiri, Datin Pat Indot. Video ini juga mengetengahkan detik-detik nostalgia melalui gambar “throwback” ibu dan anak, yang dikongsi oleh rakan-rakan dan peminat Melissa! Jangan terlepas kerana ada beberapa wajah selebriti yang mungkin anda kenali!

Dengarkan “Dance” melalui Spotify & Soundcloud di pautan berikut. Ia juga boleh didapati daripada iTunes dan kesemua platform digital. http://open.spotify.com/artist/744XPvGbb3ExEesKRQmeXw https://soundcloud.com/melissaindot/dance-210913

www.facebook.com/melissaindot
www.twitter.com/melissaindot
www.instagram.com/melissaindot
www.melissaindot.com


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Talkin di Birai Katil

Femes Bazaar Anjur Bazaar SUPERRAYA