in

Melissa Indot Arah Make Your Day Untuk Ikal Mayang 2014

Buat pertama kalinya, penyanyi Melissa Indot menyerlahkan bakatnya sebagai seorang pengarah di dalam filem pendek, ‘Make Your Day’ – bersama Tony Eusoff yang memegang peranan utama. Filem ini adalah sebahagian daripada projek Ikal Mayang 2014: Unspoken Truths : “Biar Pecah di Perut, Jangan Pecah di Mulut,”. Projek filem ini berlangsung sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac.

Kompilasi filem-filem yang terlibat akan ditayangkan pada 8 dan 9 Mac 2014 di Golden Screen Cinemas , Pavilion Kuala Lumpur. Saksikan treler ‘Make Your Day’!

Melissa Indot Arah Make Your Day Untuk Ikal Mayang 2014

Dengarkan lagu Make Your Day, dari album MDot 

Bersama sembilan lagi personaliti wanita Malaysia, barisan pengarah lain termasuk Eja (juga dikenali sebagai Siti Shahrizah ), Deborah Henry dan Junad M. Nor ; di bawah pimpinan dan sokongan dari Pengarah Kreatif , Ida Nerina dan Penerbit Eksekutif , Lee Su Mei.

Projek Ikal Mayang merupakan inisiatif di bawah organisasi WOMEN:girls, dihasilkan oleh Garang Pictures dan Big EyEs Entertainment untuk meningkatkan penglibatan wanita didalam pembikinan filem tempatan dan akan ditayangkan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac.

Ikuti Melissa Indot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Imam Muda Hassan Tegur Hanez Suraya

Penyanyi Shae Bakal Muncul Di Filem 3600 Detik