in

Album Mega Pesta Indonesia Tampil Lagu Terbaik

Tidak dapat dinafikan kehadiran artis-artis dari Indonesia telah banyak mewarnai dan memeriahkan lagi industri muzik tanah air. Lagu-lagu dari seberang ini sering kali mendapat perhatian dan berjaya memenangi hati para pendengar di negara ini. MEGA PESTA INDONESIA merupakan sebuah album kompilasi terbaru yang mengandungi 2 keping CD serta memuatkan sebanyak 22 buah lagu dari penyanyi solo dan band dari Indonesia.

Seramai 14 artis lama dan baru telah disatukan di dalam album ini. Antaranya adalah Shae yang mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya menerusi lagu “SAYANG”. Karakter vokal yang mantap dan tersendiri Once melalui “HILANG NALURI” juga tidak dapat disangkal lagi. Walaupun kali ini bergerak solo, ternyata Once mempunyai kekuatan yang tersendiri melalui lagu tersebut. D’Masiv juga turut menyumbang sebanyak tiga buah lagu di dalam album ini iaitu “CINTA INI MEMBUNUHKU”, “RINDU ½ MATI” dan “JANGAN MENYERAH”.

Pesta Mega Indonesia Cover

Penyanyi muda dari Jakarta, Sheryl Sheinafia yang baru berusia 16 tahun turut dimuatkan menerusi lagu “BLA…BLA…BLA…” dan “RASA SUNYI” yang ditulis olehnya sendiri. Lagu tema dari sebuah filem yang berjudul “LASKAR PELANGI” daripada Nidji sehingga kini masih menjadi siulan para pendengar. Selain itu, sebuah lagi lagu daripada Nidji “DI ATAS AWAN” turut dimuatkan di dalam album ini. Bait-bait lirik yang indah di dalam lagu “SEBENARNYA CINTA” dendangan dari kumpulan Letto pastinya menyentuh perasaan dan itulah yang membuatkan kumpulan ini begitu disenangi dan mudah diterima.

Selain daripada D’Masiv, kumpulan Geisha juga turut disenaraikan dengan tiga buah lagu iaitu “KAMU YANG PERTAMA”, “JIKA CINTA ADA” dan lagu hit mereka “CINTA DAN BENCI”. Tidak ketinggalan, kumpulan beraliran pop rock Kotak yang popular dengan lagu “Masih Cinta”, kini dengan single terbaru mereka “PELAN-PELAN SAJA”. Band yang berasal dari Bandung dan Sukabumi Kesna, juga ditampilkan dengan dua buah lagu iaitu “PILIHLAH DIRIKU” dan SYUKURI”.

Lain-lain artis yang juga terdapat di dalam kompilasi ini adalah Erin, De. Neno, Kangen Band, Astoria dan Mantra feat. Eren. Berikut adalah senarai penuh lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album “MEGA PESTA INDONESIA” :

Disc 1
1. Hilang Naluri – Once
2. Sebenarnya Cinta – Letto
3. Cinta Ini Membunuhku – D Masiv
4. Jika Cinta Dia – Geisha
5. Pelan Pelan Saja – Kotak
6. Laskar Pelangi – Nidji
7. Kamu Yang Pertama – Geisha
8. Rindu ½ Mati – D Masiv
9. Syukuri – Kesna
10. Pergi Tanpa Alasan – Erin
11. Di Atas Awan – Nidji

Disc 2
1. Sayang – Shae
2. Bla…Bla…Bla… – Sheryl Sheinafia
3. Semaumu – De.Nero
4. Segala Luka – Astoria
5. Jangan Menyerah – D Masiv
6. Cinta Dan Benci – Geisha
7. Jangan Bertangkar Lagi – Kangen
8. Rasa Sunyi – Sheryl Sheinafia
9. Pilihlah Diriku – Kesna
10. Akhir Yang Indah – Astoria
11. Cinta Yang Tersisa – Mantra Feat. Eren

Buat pencinta muzik nusantara, jangan lupa untuk mendapatkan album MEGA PESTA INDONESIA dengan harga RM 27.90. Album ini merupakan hadiah dan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uniqlo Launches Five Projects Around The World

Melissa Indot Lancar Single Pertama You & Me