in , ,

Lebih 1,000 Hadir Majlis Tahlil Allahyarham Abam Bocey

Artis, pendakwah, peminat banjiri masjid bagi memberi penghormatan terakhir

Majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey (Abam Bocey) anjuran Astro Warna yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam dihadiri lebih 1,000 jemaah bagi memberi penghormatan terakhir buat pelawak tercinta tanah air itu.

Majlis tahlil semalam juga disertai rakan artis termasuklah ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achey, Presiden SENIMAN Encik Zed Zaidi dan Naib Presiden SENIMAN Zuraini KassimDato AC Mizal dan Datin Emylia RosnaidaDato Fizz FairuzMawi, dan ramai lagi. Ustaz Fakhrul (UNIC) dijemput bagi memimpin bacaan al-Quran. Beliau juga memberikan perkongsian istimewa tentang Arwah Abam dan tazkirah bagi jemaah.

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey

Stesen radio muslim kontemporari Zayan hadir selaku radio rasmi, manakala Astro Gempak, Ria X, Zon Lawak, InTrend dan MySalamMuslim pula menggalas tugas rakan digital.

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey

Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari (Isnin) lalu di kediamannya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di Gombak.

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey
Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey
Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Faizal Tahir X Dayang Nurfaizah X Tuju X Yonnyboii Bergabung Demi X MISSING YOU

Ibu Arwah Abam Sebak Lepas Tonton Filem JODOH SYAITAN