in , ,

Ibu Arwah Abam Sebak Lepas Tonton Filem JODOH SYAITAN

Setelah menonton filem komedi seram lakonan anakanya iaitu Jodoh Syaitan, ibu kepada pelawak arwah Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata malam tadi.

Sambil ditenangkan oleh pengarah filem berkenaan iaitu Ismail Bob Hasim, Sabariah seperti dapat merasakan arwah anaknya itu seperti berada di sisinya.

“Sepanjang menonton filem ini, saya seolah-olah seperti terbayang seperti dia ada sebelah makcik,”

– Ibu Abam

Dalam pada itu, ibu kepada pelakon itu juga turut menerima sumbangan daripada penerbit filem terbabit iaitu DA Motion Media.

Pada masa sama, Sabariah turut berharap agar para peminat arwah Abam akan menyokong filem lakonan anaknya itu yang akan ditayangkan bermula pada 5 Mac ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbit kerana prihatin dengan kami. Meskipun kini arwah sudah tiada, mereka masih lagi ingat dan turut mengundang kami sekeluarga,”

Ibu Abam

Sama-sama kita doakan semoga ibu arwah Abam semoga sentiasa sihat dan dikurniakan ketenangan sentiasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abam Bocey 2020 | 17

Lebih 1,000 Hadir Majlis Tahlil Allahyarham Abam Bocey

Bikin Kontroversi, Lagu AKHIR ZAMAN Bunkface Dikecam Kerana Bantah LGBT