in , ,

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey

Berita tentang pemergian pelawak tercinta tanah air, Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau lebih dikenali sebagai Abam Boceypada 10 Februari 2020, Isnin lalu, pasti mengejutkan ramai pihak.

Allahyarham Abam Bocey merupakan seorang anak seni yang versatil dengan bakatnya yang luar biasa dalam genre komedi, dan pemergian beliau sudah tentu memberi kesan kepada ramai di luar sana.

Justeru itu, sebagai penghormatan terakhir bagi Allahyarham Abam Bocey, Astro Warna dengan penuh rasa rendah diri dan takzim serta lafaz bismillah, menjemput rakan-rakan untuk bersama-sama hadir bagi memberkati lagi ‘Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey’ pada 27 Februari 2020, Khamis, jam 6.30 petang di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480, Kuala Lumpur.

Abam Bocey

Astro Warna dengan segala hormatnya menjemput anda ke Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat bagi Allahyarham Abam Bocey bertarikh 27 Februari 2020 (Khamis) pada 6.30 petang di Masjid Wilayah Persekutuan. Semoga kehadiran anda akan memberkati lagi majlis kami.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Temubual Bersama Elfira Loy di Pelancaran Produk Elegant Cosmetics

Celcom Partners Health Digital Technologies To Enable Easier Access For Healthcare Services