in , ,

Video Temubual Bersama Elfira Loy di Pelancaran Produk Elegant Cosmetics

Kehidupan Elfira Loy sudah lengkap dengan kehadiran anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober tahun lalu.

Elfira Loy

Pelakon berusia 26 tahun itu berkata dia kini selesa menjaga sendiri anaknya selain mengambil masa itu untuk meluangkan lebih masa bersama ahli keluarga yang lain.

“Sekarang saya jaga anak sepenuh masa. Saya seronok jaga baby sebab sejak terlibat dalam industri lakonan ketika saya berusia 12 tahun, saya tidak pernah lagi berehat lama daripada kerja macam ini.

“Kali ini saya betul-betul rasa rehat selain dapat meluangkan lebih masa dengan ahli keluarga, it’s a great feeling,”

– Elfira Loy

Elfira Loy Betul-Betul Belum Merasai Sebuah Kehilangan:

Elfira yang mula membina nama dalam industri seni tempatan sejak 14 tahun lalu berkahwin dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.

Ketika ditanya mengenai kerjaya seni, Elfira berkata, buat masa ini dia lebih senang memperlahankan kerjayanya sebaliknya menumpukan pada kerjasama dengan produk-produk yang melantiknya sebagai duta.

“Saya secara perlahan-lahan akan kembali semula dalam bidang lakonan tapi bukan dalam masa terdekat sebab anak masih kecil. Saya memang tidak percayakan pengasuh, sebaliknya saya hanya akan tinggalkan Rayyan dengan ahli keluarga terdekat saya.

“Buat masa ini, saya hanya aktif melibatkan kerjasama dengan mana-mana produk yang ‘collab’ dengan saya.

Seperti contoh, produk Whitening Emulsion Elegant Cosmetics yang saya sendiri sudah cuba dan ia memang sangat berkesan untuk memutihkan kulit selain baunya yang wangi dan segar meyakinkan saya untuk bekerjasama dengan mereka,”

– Elfira Loy

Sementara itu, produk Whitening Emulsion yang bertinak sebagai agen anti-penuaan, pelilndung sinaran UV serta mencerahkan kulit secara semulajadi ini dijual pada harga RM79.90 (semenanjung Malaysia) dan RM84.90 (Sabah dan Sarawak) seunit.

Sumber: KopiPlanet.com

What do you think?

77 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem GUNS AKIMBO

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey