in , ,

Luahan Hati Isteri Abam, Tak Dapat Ziarah Kubur Abam Tak Bermakna Hidayah Lupa

Hampir setahun pemergian suami tercinta, Allahyarham Abam Bocey, ia tidak mematahkan semangat Nor Hidayah untuk membesarkan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah kini berusia setahun.

Meskipun suaminya tiada lagi di sisi, Hidayah berkata semangat Abam sentiasa menemanisnya dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukannya.

“Kekuatannya, keberanianya semangatnya ku pinjam. Aku akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayat ku Masih ada dan menjadi Bidadari mu hingga ke akhirnya,” tulisnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hidayah meluahkan perasananya sempena ulang tahun kelahiran ke-33 arwah Abam semalam.

Kata Hidayah lagi, dia tidak putus-putus mengirimkan doa dan tidak pernah sesekali melupakan Allahyarham biarpun tidak mengunjungi pusara suaminya itu.

“Tak semestinya tak pergi tempatmu, ku lupakanmu. Tidak, setiap masa, setiap saat, setiap detik tidak penah ku lupa akan ku selit namamu di dalam doaku dan setiap sujudku, Al-Fatihah untukmu imam ku Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hidayah turut berjanji untuk menjaga dan membimbing anak mereka menjadi anak soleh yang akan sentiasa mendoakan arwah bapanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dulu Doakan Alif Satar, Kini Sheikh Abdul Karim Pula Kena Positif Covid-19

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Food Meneruskan Misi Untuk Meneraju Perkhidmatan Penghantaran Makanan