in ,

AirAsia Food Meneruskan Misi Untuk Meneraju Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Sama ada mereka membawa beg berwarna merah, hijau atau merah jambu, penghantar makanan turut menjadi petugas barisan hadapan yang membantu menjaga keselamatan kita semua yang berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua.

Oleh kerana restoran hanya dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan bawa pulang, pengusaha industri makanan dan minuman menaruh harapan kepada perkhidmatan penghantaran sementara menunggu pengunjung kembali semula apabila keadaan menjadi lebih baik.

Selepas tujuh bulan, airasia food yang menyusuri Lembah Klang dengan beg berwarna merah dan gaya tersendiri telah berkembang pesat, serta menerima pendaftaran daripada peniaga baharu dan penghantar makanan setiap hari seterusnya mengembangkan jumlah jarak penghantarannya.

AirAsia Food Meneruskan Misi Untuk Meneraju Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Perkhidmatan Penghantaran adalah trend utama pada tahun 2021

Desonny Tuzan, pengasas Charlie’s Cafe & Bakery, sebuah kafe di Taman Bukit Desa yang menawarkan masakan dari rumah, berkata: “Oleh kerana lebih banyak perniagaan makanan dan minuman yang menggunakan platform digital dan perkhidmatan penghantaran, jadi kami menghadapi lebih banyak persaingan berbanding perintah kawalan pergerakan yang pertama. Untuk mengatasi cabaran ini, kami memberikan komitmen sepenuhnya kepada kualiti makanan untuk kepuasan pelanggan kami. Perkhidmatan penghantaran makanan merangkumi 95% daripada perniagaan semasa kami dan saya jangka ia akan terus berkembang sehingga 50% daripada jumlah keseluruhan perniagaan.”

Carmen Lau, pemilik Dáo, sebuah kedai pencuci mulut di Subang Jaya yang menumpukan kepada produk kacang soya terbaik, berkata: “Setelah PKP pertama, kami lebih memahami keperluan orang ramai, jadi kami dapat memberikan tawaran lebih baik dan lebih sesuai untuk memenuhi permintaan mereka semasa tempoh PKP kedua. Perkhidmatan penghantaran makanan dijangka akan terus kekal, kerana kini para pelanggan terdiri daripada semua lapisan masyarakat dan demografik. Kami berbesar hati kerana perkhidmatan penghantaran makanan membantu perniagaan kami pada masa yang mencabar ini.”

Selain daripada Charlie’s Cafe & Bakery dan Dao, airasia food turut menawarkan kira-kira 1,100 peniaga yang lain. Antara peniaga yang popular termasuklah Santan oleh airasia, Pasta Panas, Flour, Kubis & Kale, Tony Roma’s, Sepiring, dan Din Tai Fung.

Membantu lebih ramai pengusaha makanan dan minuman serta komuniti semasa PKP

Dalam tempoh PKP kedua ini, rakyat Malaysia telah mempunyai pengalaman mengenai apa yang perlu dilakukan, dan begitu juga pengusaha makanan dan minuman. Daripada perkhidmatan makan di restoran sahaja kini mereka beralih kepada perkhidmatan penghantaran makanan, menawarkan menu baharu dan promosi terkini untuk memastikan kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh PKP.

Sabrina Khaw, Ketua airasia food berkata: “Perkhidmatan penghantaran makanan kini lebih penting kerana ia merupakan salah satu aliran pendapatan utama bagi peniaga kami. Oleh itu, kami akan terus menawarkan pakej penghantaran dengan harga tetap bersamaan dengan 10% kadar komisen, kadar terendah di pasaran. Kami juga melihat peningkatan pendaftaran peniaga baharu dalam jangka masa yang singkat setelah PKP kedua diumumkan, terutamanya daripada restoran berskala kecil hingga rangkaian restoran besar di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.”

Untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati makanan kegemaran mereka sepanjang tempoh PKP, airasia food menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had sepanjang tempoh PKP untuk pesanan di Lembah Klang, dengan jarak penghantaran sehingga 15km dari para peniaga yang dipilih oleh pelanggan.

AirAsia Food Meneruskan Misi Untuk Meneraju Perkhidmatan Penghantaran Makanan
Desonny dari Charlie’s Cafe & Bakery

Desonny dari Charlie’s Cafe & Bakery tetap optimis dalam menghadapi cabaran semasa, “Kami memilih airasia food sebagai rakan penghantaran kami kerana sokongan dan bantuan terbaik yang diberikan oleh pasukannya. Kami berharap airasia food akan terus berkembang pesat, menjadi lebih inovatif dengan teknologi mereka dan mengatasi dua platform pesaingnya.” 

Dao pula menyaksikan peningkatan jualan daripada perkhidmatan penghantaran, dan Carmen berkata: “Perkhidmatan penghantaran makanan amat membantu perniagaan makanan dan minuman dalam tempoh PKP. Penubuhan airasia food sebagai sebuah platform perkhidmatan penghantaran baru-baru ini, telah memberikan kami peningkatan jualan sebanyak 30% kurang dari satu tahun. Jika anda mencari tawaran hebat dan rakan penghantaran yang bertanggungjawab, airasia food adalah pilihan terbaik. Saya berharap syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dan restoran dapat bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pantas dan murah kepada semua.

AirAsia Food Meneruskan Misi Untuk Meneraju Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Memastikan perkhidmatan terbaik

Oleh kerana lebih ramai pelanggan berada di rumah dan pesanan kian meningkat, Teleport, cabang logistik airasia digital, dan rakan penghantaran airasia food berusaha untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah terbaik.

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport berkata: “Dalam jangka masa yang singkat, kami telah berjaya mengembangkan pasukan penghantaran kecil kami kepada 1,500 orang di Malaysia. Berikutan PKP kedua, kami mempunyai pesanan tertinggi sebanyak empat kali ganda sehari dan ianya semakin meningkat dengan tawaran perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had. Kami juga berbesar hati untuk mengalu-alukan kembali bekas kakitangan airasia yang terdiri daripada kru kabin, juruterbang, juruteknik pesawat, kakitangan ramp, perkhidmatan tetamu dan lain-lain yang kini menjadi rakan penghantar kami, yang dikenali sebagai Teleporters. Ada di antara mereka terpaksa beralih peranan berikutan pandemik ini dan kami berbesar hati untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Kami sentiasa mencari Teleporter baharu untuk menyertai kami, dan sesiapa sahaja yang mempunyai kenderaan sama ada motosikal atau kereta boleh mendaftar. Kami juga ingin berkembang secara agresif ke bandar-bandar seperti Ipoh, Seremban, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuching dan Miri – jadi jika anda berada di salah satu bandar ini dan ingin menjadi Teleporter (kami juga mempunyai pakaian seragam yang sangat menarik), anda boleh mendaftar dengan mudah di teleport.asia/deliverypartner.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luahan Hati Isteri Abam, Tak Dapat Ziarah Kubur Abam Tak Bermakna Hidayah Lupa

Nak Jadi Penyampai Radio? Nah! Ini Peluang Jadi Penyampai Hujung Minggu di Suria FM