in , ,

Lebih Gempak! Ini Senarai Program Terbaik Astro Sepanjang 2023

Kegemaran penonton termasuk Projek: High Council dan All Star Gegar Vaganza

Astro memperlihatkan senarai rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro pada tahun 2023. Berdasarkan senarai ini, para penonton lebih cenderung menonton drama, rancangan hiburan, realiti dan sukan secara langsung.

Berikut merupakan senarai rancangan popular Astro yang berjaya menambat hati penonton:

  • Projek: High Council – Daripada pencipta Projek: Anchor SPM, siri ini memaparkan kisah benar yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan.
  • All Stars Gegar Vaganza – Pertandingan nyanyian realiti No. 1 Malaysia kembali untuk musim kesepuluh dan kali ini mempertandingkan semua juara musim dari sebelumnya.
  • Andai Itu Takdirnya – Adaptasi novel terlaris Siti Rosmizah yang mengisahkan Aleya, seorang gadis dari keluarga sederhana dan Syed Adam Aizril, anak kepada seorang tokoh korporat.
  • Malaysian Football League – Astro adalah penyiar rasmi Malaysian Football League yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
  • Liga Perdana – Semua 380 perlawanan musim 2023/2024 disiarkan secara langsung di Astro yang mempamerkan kemuncak bola sepak Inggeris.
  • Pasanga – Drama bersiri Tamil yang mengisahkan kepentingan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang.
  • Didi & Friends – Kartun edutainment kegemaran kanak-kanak prasekolah Malaysia berkonsep muzik yang menampilkan tiga ekor ayam comel menyanyikan sajak-sajak setempat.
  • Travel with Mummy – Duo pengembaraan luar biasa, Jason Yeoh dan Jack Lim bersama-sama ibu mereka bersedia untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terbaik.
  • Travelawak: Projek Bapak-Bapak – Program kembara realiti komedi yang menghimpunkan legenda tempatan termasuk Datuk Ramli MS, Datuk Jalaludin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.
Astro Memperlihatkan Rancangan-Rancangan Terbaik Di Sepanjang 2023

Astro menjemput para pelanggan untuk menonton rancangan-rancangan ini. Berikut adalah ulasan para pelanggan kami tentang rancangan kegemaran mereka:-

Semua pelanggan Astro boleh menikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu kami, HITS NOW (Saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma.

Sehingga 31 Januari 2023*, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama. 

Rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro boleh ditonton melalui On Demand dan untuk para pelanggan baru Astro, marilah bersama-sama meraikan detik-detik terindah bersama keluarga dengan rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%** bermula daripada hanya RM41.99/sebulan. Kongsi pengalaman indah ini bersama Astro dengan melayari www.astro.com.my.   

*HITS NOW akan tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan dari 10 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024

**Diskaun 30% untuk langganan dengan pendaftaran auto-debit sahaja. Tertakluk pada Terma & Syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PERCUMA JER

Cuba Dulu Baru Beli, TV AlHijrah Lancar Program Terbaharu PERCUMA JER

Prelude Bintang RTM 2024 Buka Tirai, Perkenal Barisan Peserta Terbaik