in , ,

Cuba Dulu Baru Beli, TV AlHijrah Lancar Program Terbaharu PERCUMA JER

Demi menyahut Pelan Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, satu lagi program inovatif akan disiarkan di stesen TV AlHijrah bermula 1 Februari 2024.

Dengan menitikberatkan kepada Teras Kesejahteraan Insan, program yang diberi nama PERCUMA JER diumumkan sebagai inisiatif untuk memperkasa kemampanan ekonomi Islam, sambil menyumbang kepada kebajikan sosial dan perpaduan ummah.

Untuk info pembaca, PERCUMA JER adalah sebuah program yang pertama kali seumpamanya di Malaysia yang memberikan demonstrasi, promosi serta yang paling utama adalah sampel barangan percuma kepada penonton TV AlHijrah.

Dijadualkan untuk bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6 hingga 7 petang, program PERCUMA JER merupakan hasil kolaborasi antara TV AlHijrah dan Pasak Sdn.Bhd.

PROGRAM PERCUMA JER TARUHAN TERBARU TV ALHIJRAH

Program ini membawa konsep baharu dan inovatif dalam pemasaran produk di kaca televisyen, yang menjadi yang pertama kali seumpamanya di Malaysia. Ini melibatkan demonstrasi, promosi, dan yang paling utama, pemberian sampel barangan secara percuma kepada penonton TV AlHijrah.

PROGRAM PERCUMA JER TARUHAN TERBARU TV ALHIJRAH

Program PERCUMA JER Taruhan Terbaru TV AlHijrah

Nadzariah Mohamed, Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, menyatakan bahawa melalui PERCUMA JER, penonton berpeluang untuk mengurangkan risiko ketidakadilan, penipuan, dan penindasan dalam aktiviti jual beli. Dengan menerima sampel barangan secara percuma, penonton dapat membuat keputusan berinformasi untuk pembelian selanjutnya.

PROGRAM PERCUMA JER TARUHAN TERBARU TV ALHIJRAH

“Proses pemberian sampel barangan secara percuma ini membantu para pembeli untuk membuat pembelian bijak. Secara tidak langsung, etika Islam dalam jual beli dapat dijaga dan dicapai. Dengan itu, kebajikan pelanggan dan pengguna terjamin dalam kontrak jual beli.”

– Nadzariah Mohamed
PROGRAM PERCUMA JER TARUHAN TERBARU TV ALHIJRAH

Bagaimana Cara Untuk Penonton Dapatkan Sampel Percuma?

Nadzariah menekankan bahawa penonton boleh mendapatkan barangan sampel percuma dengan menyertai program ini. Caranya adalah dengan menonton rancangan PERCUMA JER yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang hingga 7 malam.

Setelah itu, mereka perlu memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau Google Play Store, mengimbas kod QR, dan menyusuli panduan mudah untuk mendapatkan barangan sampel yang diinginkan.

PROGRAM PERCUMA JER TARUHAN TERBARU TV ALHIJRAH

Akhirnya, pemilik produk akan menghantar barangan sampel tersebut melalui syarikat kurier nasional kepada para penonton.

Program PERCUMA JER akan dikendalikan oleh hos dalaman TV AlHijrah, iaitu Hanan Abdul Rahman, Ola Nordin, dan Dewita Susila. Program ini menawarkan lebih daripada 400 barangan sampel pelbagai jenis, termasuk barangan makanan, produk kecantikan dan kesihatan, barangan IT, dan pelbagai lagi.

Dengan program semacam ini, TV AlHijrah yakin bahawa inisiatif ini dapat membantu pengguna dan pemilik perniagaan, terutamanya para usahawan PKS, dalam menjana ekonomi dan pembangunan ummah secara global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

realme C67

realme C67 Tersedia NFC dengan Kamera 108MP, Harga Bermula RM799

Lebih Gempak! Ini Senarai Program Terbaik Astro Sepanjang 2023