in

KETUK-KETUK RAMADAN BERSAMA SHEILA RUSLY

KETUK-KETUK RAMADAN (BERSAMA SHEILA RUSLY) BERMULA 01 SEPTEMBER 2008, SETIAP ISNIN HINGGA AHAD DI RTM1

Variasi hidangan berbuka puasa puasa yang ringkas dan lazat disajikan oleh artis-artis ternama dan popular negara menjadi daya tarikan dan kelainan saban tahun program masakan khas Ramadan yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk dikongsi bersama penonton setia salurannya sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Air tangan artis-artis kesayangan ramai menghidangkan resipi ini dapat dikongsi menerusi Ketuk-Ketuk Ramadan (bersama Sheila Rusly) bermula 01 September 2008, jam 02.30 petang sepanjang hari Isnin hingga Ahad manerusi RTM1.

Program kegemaran ramai disiarkan 28 episod ini menampilkan sekali lagi Sheila Rusly sebagai hos rancangan meluangkan masa menyediakan hidangan dengan menjemput bukan sahaja penyanyi sebaliknya turut mengetengahkan pengarah filem, pelakon dan pengacara terkenal tanah air.

Menariknya kali ini penonton dan peminat setia artis-artis popular 28 artis terlibat berpeluang menyaksikan artis kesayangan mereka memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa sajian berbuka puasa.

Artis undangan yang dijemput memasak dengan resipi pilhan mereka sendiri ini bukan sahaja meluangkan masa memasak sebaliknya sambil menyiapkan hidangan, mereka turut berkongsi kisah perkembangan terbaru mereka di samping persiapan sambutan menjelangnya Aidil Fitri tahun ini.

Malah penonton juga berkesempatan berkenalan dengan kaum keluarga terdekat artis yang diundang apabila mereka turut sama menyerikan program masakan terbitan Js Pictures ini. Peluang terbaik untuk mengenali siapakah artis-artis kesayangan ramai ini daripada kaca mata keluarga terdekat mereka sendiri.

Artis terlibat termasuklah Amyza Adnan, Umie Aida, Azharina Azhar, Ropi Cecupak, Farid Kamil, Jehan Miskin, Zizan Nin, Ferhad, Aziz M Osman, Melissa Saila, Mila, Dafi, Khatijah Tan, Sazzy Falak, Aizat,Fahrin, Abby Abadi, Q Haidar, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramli, Mustapha Kamal, Nabila, Rosnah Mat Aris, Fiz Fairuz, Fauziah Ghaous, Amy Search, Nabil dan Nora.

Ketuk-Ketuk Ramadan (bersama Sheila Rusly) kali ini berlokasikan antaranya kawasan terbuka Taman Tasik Titiwangsa, Masjid India, Tanamera Sungai Buloh, Petronas Ampang, UO Supermarket Galaxy Taman Dagang, Tropikana Golf & Country Club, Pasar Tani Taman Melawati, Sungai Besar Selangor, Kampung Sungai Limau Sungai Besar, Kampung Melayu Ampang, Ulu Yam, Bukit Meringin Kajang, Air Terjung Alang Sedayu dan Pasar Raya Chow Kit.

Sesuatu yang istimewa pastinya kerana ada sebahagian artis yang mahu berkongsi dengan penonton kemahiran memasak mereka berada di dapur rumah sendiri. Begitu juga ketika dilakukan di kawasan terbuka, peminat dapat melihat sendiri mereka memasak di lokasi yang dipilih.

Antara resipi masakan istimewa yang disajikan mereka daripada 60 hidangan lazat tahun ini seperti Ayam BBQ Rempit, Sambal Goreng XX Ray, Cucur Udang Bila Mila Cinta, Cucur Sukun dan Ayam Kuzi. 

Pastikan anda tidak ketinggalan meluangkan masa menjadikan Ketuk-Ketuk Ramadan (bersama Sheila Rusly) bermula 01 September 2008, setiap Ahad, jam 02.30 petang, setiap hari Isnin hingga Ahad di RTM1 sebagai panduan menghidangkan masakan berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. saya nak tengok ketuk-ketuk ramadan bersama sheila rusly,program yg lepas di internet, cam na? tq

  2. as far as i concern, ada buku resipi khas ‘ketuk-ketuk ramadhan’ di pasaran. Sapa nak beli rasanyer available kat kedai2 buku..

  3. askum.slmt bposa n slmt heri raya wat sume pminat ketuk2 ramadhan ni.
    ada ssiapa yg ble tlg x cmna ble dptkn resepi2 artis ni erk?da puas sy cri kt kedai2 buku tp sumenya da abih.x ckup ngn itu,sy mta tlg ngn teman2 n sdara mara kt ngri lain utk carikn buku resepi ni…

  4. shamekom…
    kenapelah resipi tak di siar kan kat internet….
    dan mcam mane nak dapt buku resipi shiela edisi terbaru….???????????

  5. nampak rancangan ni best. tapi sayang resepi tersebut x disiarkan dalam internet. jadi susahlah kita nak cuba masakan artis-artis kita nie………

  6. saya ingin meminta resepi nasi beriani nurul yg disiarkan bersama shila rusly yg di siarkan pada 2007 bulan puasa.terima kasih.

  7. macamana saya nak dah dapatkan resepi @ buku ketok-ketok ramadhan. dah puas saya cari kat kedai-kedai buku tapi takde. tolonglah bagi tahu saya macamana nak resepi itu…….

  8. Hi there,

    Saya ini peminat rancangan masak Kak Sheila dan ingin memiliki buku-buku recipe yg telah diterbitkan terutama sekali buku Ketuk-Ketuk Ramadhan bersam Sheila Rusly. Tetapi, she amat hampa kerana kebanyakan kedai buku di JB tidak mempunyai stock buku itu lagi. Saya ingin bertanya di mana boleh saya dapatkan buku itu atau buku itu boleh dibeli melalui internet. Jawapan cepat amat dihargai kerana she ingin sungguh mencuba recipe-recipe yang terdapat di buku itu ya.

    Terima kasih

  9. Hi,

    sesapa boleh tolong dapatkan resepi ikan dari mustapha kamal tak? puas cari buku resepi sheila ni kat kedai2 buku tp hampa…

  10. saya nak dapatkan buku2 resepi kak sheila.kalau boleh dapatkan secara percuma.saya peminat ketuk2 ramadhan..

  11. Kak Shila!! u memang super… pandai masak. Sy tgk kak shila main campak
    je bahan-bahan tai nampak sedap giler. Tahniah

  12. Saya sedang mencari buku resepi ketuk-ketuk ramadhan bersama Shiela Rusli… ada sesiapa yg tahu nak cr kat mana tlg inform…tq…

  13. nape saya xdapat buka video ni…nak tengok video x bolehla,bole x ajar saya nak buka video tuk tengok kak sheila rusli memasak..

  14. salam…..
    kak sheila, sy suka la tgk rancangan ketuk2 ramadhan ni…
    tp sayang nye resepi x di siarkan di internet…cam ne caranye leh sy dptkan resepi2 ni…bila gi kedai buku, mesti dia org kata x de stock…sy nk sgt cuba masakan2 kak sheila…nmpk sedap n simple…

  15. mana nak cari buku resipi ketuk2 ramadhan…jenuh dah masuk kedai buku kat JB ni…buku resipi lain banyakla tapi saya nama buku resipi KETUK2 RAMADHAN KAK SHEILA…PLZZZZZZZZ

  16. saya x miss nengok kak sheila masak ngan artis undangan tapi nak tanya betul ke resepi tu kak sheila yang bikin……

  17. suka sangat tengok rancangan ni tapi sejak tukar siaran jam 1230 ni macam tak best aje sebab tak berkesempatan nak tengok. kalau tahun lepas buat jam 430 sangatla sesuai sebab itu masa yang sesuai untuk memasak juadah berbuka puasa. kak sheila tolongla tukar waktu siarannya pada sebelah petang…

  18. sy ingin tahu dr mana sy blh dptkan buku citarasa selebriti dr sheila rusly?
    dr thn 2008 sy cari disemua kedai buku dijb,tp smua nyer hampa..

  19. saya ingin tahu dari mana saya boleh dapatkan buku citarasa selebriti sheila rusly?
    sudah lama saya mencari di jb tetapi semua nye tiada..

  20. Hi…. aunty Sheila,saya Azhana Mumtazah mak tok saya suka rancangan ketuk ketuk ramadan.Mak tok saya selalu tulis recipe dalam paper…..apa yang aunty masak semua, mak tok saya selalu membuat masakan apa yang aunty sudah masak di rancangan ketuk ketuk ramadan.

  21. hi sheila ,saya radiah dari singapore.saya suka tegok rancang sheila .boleh tk sheila beri respi sheila.di singapore ada tk jual buku sheila.saya tegok masakan semua sedap,saya ingin mencuba masakan di sana pula.sekia dan saya ingin menucap selama hari raya pada sheila sekeluarga. dari singapore radiah

  22. A’kum Sheila, salam mesra dari Singapura.
    Rakan karib saya kerap kali beritahu saya mengenai siri anda. Sebagai seorang yg bekerja saya jarang dapat menonton siri ini. tetapi pabila sudah dapat ‘tangkap’ episod pertama, saya terus terpikat dengan corak presentasi Sheila yg bersahaya sahaja. Very intelligent and spontaneous. Syabas! Sehingga Ketuk Ketuk Ramadhan 2010, insya allah!

  23. kak sheila rusly mmg bes…my mum pun suka u but we cannot find ur books. mcm mana erk nak cari buku tu???

  24. askum..saya salah seorang peminat yang sangat meminati kak shiela samada ada dalam bidang lakonan ataupun masakan. saya berharap program masakan sentiasa di siarkan di tv. harapan saya juga semoga kak sheila boleh memberikan resepi yg ringkas utk sekeluarga.

  25. Salam…tolonglah…….please……saya nak sangat resepi kak Malika.(CUCU BETONG) tolonglah ……kat mana saya nak dapatkan buku resepi ni…..KEMPUNAN TAK SANGGA DAH NI….

  26. Diet Rasulullah SAW
    Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis , lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
    Jangan makan SUSU bersama DAGING
    Jangan makan DAGING bersama IKAN
    Jangan makan IKAN bersama SUSU
    Jangan makan AYAM bersama SUSU
    Jangan makan IKAN bersama TELUR
    Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
    Jangan makan SUSU bersama CUKA
    Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: KOKTAIL)

    CARA MAKAN
    * Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
    * Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
    * Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya. cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
    Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+(positif) sedangkan dalam ikan mengandung ion-(negatif), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.
    Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan seperti membuat amalan antara lain:
    1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
    5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

    Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah SWT “Barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah, Allah SWT akan menggandakan 10 kali lipat pahala kepadanya”

  27. sy meminati lakonan sheila samada watak baik,jahat komedi seram dll.penghayatan watak memberi kesan mendalam.semoga sambil2 berlakon ada lh juga penyampaian yg berguna utk semua orang.smua rancangan memasak sheila best2.cmana nk hubungi sheila utk dapatkn resepi sambal rojak terjah zubir dlm cita rasa selebriti?

  28. mcm mne nak cri koleksi resepi ketuk2 ramadhan or resepi msakan rncangn lain dr kak sheila??

  29. sy ske dgan rncangan ketuk2 ramadan nie sbb resepi yg smue nyer sdap2 blake,,,,, salam dri alisya and kak shila

  30. saya nk sekali dlm idup saya merasai masakan k.sheila..masak dengan k.sheila……mesti best….alangkah bertuah idup nie…..dpt mencapai hajat ini…..huhuhuhuhu………

  31. Kak Sheila,saya dari Hajjah Amnah Catering Dan Services ingin sekali mengungsi resepi saya… 🙂

    Daripada:Haliza,Singapura

  32. assalammualaikum sheila. saya sungguh berminat dan ranchangan K K R susah sangat nak cari buku masakkan K K R. adakah buku ini dijual di singapura.atau di johor.Saya rasa tiba bulan puasa semua org s’pura menanti ranchangan ini. LOve u sis.

  33. masakan yang dibuat memang mudah dan menyelerakan, tapi saya tak sempat salin. kalau boleh nak resepinya…..tahun lepas dah buat buku…..

  34. masakan ringkas dan menyeleraskan…… kalau dibuat buku lagi elok… tahun lepas dapat salin resepi……

  35. saya amat meminati rancangan ini,dr rancangan ini disiarkan sehingga sekarang..hos ketuk2 ramadhan pun sgt2 best giler..spoting k.shiela…ok lh thn dpn blh teruskn lg program ini..

  36. saya amat meminati rancangan ketuk2 ramadhan….apa jua episodnya…sya tdk akan melepaskan menontonya….apa lg memcuba resepinya…mudah,cepat,ringkas dan sedap….sya meminati kak sheila rusly bkn hanya masakkannya…malah jg lakonannya yg mantap….kak sheila…u the BEST!!!!!

  37. Sya meminati semua masakkan jg resepi di dlm rancangan ketuk2 ramadhan….ia cukup ringkas,cepat lg sedap…malah sya jg meminati lakonan kak sheila….kak sheila u the BEST..

  38. aslammualaikum hai akak ila sy nak akak terus kan rancangan masakan bersama artis lagi. walaupun bukan dalam bulan ramadan boleh x.wasalam

  39. apa kata rancangan ini kalau boleh dijadikan rancangan mingguan kalau boleh disiar kan slot pagi apa salah nya tak kan nak masak sedap bulan puasa je bulan tak puasa pun kena masak sedap jugak untuk suami dan anak-anak kita makan betul tak kak shela

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengarah Artistik BADRUL ZAMAN ABDUL JALIL

Sheera Iskandar, Wan Maimunah Dalam Drama Fatimah Najwa