in , ,

Jinggo Bangga Anak Bongsu Kini Bergelar CEO, Ini Komen Tuan Punya Badan

Penerbit dan pengarah tersohor, Jinggo akui rasa bangga dengan pencapaian anak bongsunya, Luth Mikhail yang kini telah pun mengalas tanggungjawab besar sebagai seorang ketua pengawai eksekutif di restoran perusahaannya. Syabas diucapkan!

Penerbit dan pengarah, Jinggo akui bangga dengan pencapaian anak bongsunya, Luth Mikhail yang kini bergelar ketua pengawai eksekutif di restoran perusahaannya.

Menerusi satu perkongsian, Jinggo berkata mendidik anak bukanlah perkara yang mudah namun bersyukur kerana segalanya membuahkan hasil.

Dalam pada itu, Jinggo berkata sepanjang 20 tahun dia dan isteri, Sheila Rusly telah berusaha memberikan yang terbaik buat anaknya itu.

“20 tahun teman dengan sis tetiap ari mengagah dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap hari marahkan dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap hari menjaga dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap ari mengacor dia. 

“20 tahun teman dengan sis tetiap ari berguro dengan dia. Doh 20 tahun teman dengan sis nengok dia depan mata tapi 2 hari ni terasa benor 20 tahun itu telah berlalu bila @luthmikhail20 udoh bergelor MR CEO @thedimsumplacekl. 

“Papa ngan mama proud of you Mikha,”

– Jinggo
Jinggo Bangga Anak Bongsu Kini Bergelar Ceo, Ini Komen Tuan Punya Badan

Menurut Jinggo, cabaran untuk mendidik anaknya itu bukanlah mudah akan tetapi dia bersyukur kerana segalanya telah pun membuahkan hasil. 

Tambahnya lagi, dia bersama isteri yang juga merupakan pelakon dan pengarah, Shiela Rusli telah berusaha memberikan yang terbaik untuk memastikan anaknya itu mencapai potensi sebenarnya. 

Entri berkenaan turut mendapat reaksi daripada tuan empunya badan:

“Alaa papa, relax la. Sedih sangat buat apa. Ini untuk legasi you juga,”

Luth Mikhail

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Luth Mikhail akan terus suksespada masa akan datang. 

“Syukur Alhamdulillah, terbaik Tok Sidang dan Sis.”

“Alhamdulillah, tahniah Mikha.”

“Terbaik Mikha, Alhamdulillah. Tahniah. Semoga terus berjaya dunia akhirat.” 

“Terbaik, didikan bapa membuahkan hasil. Syabas anak muda.

“Mikha anak papa dan mama yang hebat,”

Jinggo Bangga Anak Bongsu Kini Bergelar Ceo, Ini Komen Tuan Punya Badan

Untuk makluman, Sheila dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 1996 dan telah dikurnikan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikail. 

Shiela dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 1996 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Luth Mikhail serta Uzair Haqimy.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mkbhd Copy | 19

GoPro Hero10 Black Kini Dilancarkan, Apakah Ciri Yang Dipertingkatkan?

Nourul Depp | 20

Pindah Ke Bali, Ini Status Terkini Rancangan Nourul Depp