in , ,

Sheera Iskandar, Wan Maimunah Dalam Drama Fatimah Najwa

FATIMAH NAJWA, SLOT GALERI FAMILI KHAS RAMADAN MULAI 28 OGOS 2008 DI RTM2

Bulan Ramadan penuh keberkatan yang bakal ditempuhi seluruh umat Islam kurang seminggu lagi pastinya lebih bermakna kepada peminat penyanyi Akhbar Azmi yang pernah muncul bersama kumpulan nasyid Brothers tidak lama dahulu sebelum kemunculannya sebagai penyanyi hip hop kerana berpeluang menyaksikan percubaannya terjun ke dalam dunia lakonan menerusi drama Khas Ramadan Fatimah Najwa mulai 28 Ogos 2008 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang mengisi slot Galeri Famili di RTM2.
 
Fatimah Najwa terbitan Television Airtime Services dalam 13 episod ini mengisahkan perjuangan hidup guru agama yang masih muda bernama Khaufli yang dibawakan wataknya dengan berkesan oleh Akhbar. Dengan penampilannya yang sederhana dan latar belakang pendidikan agamanya yang tinggi, Khaufi menjadi pujaan ramai gadis yang menggilainya.

Namun hakikatnya, Khaufli telah pun memiliki seorang isteri dikenali Fatimah yang sarat mengandungkan anak ketiganya serta dua orang anak. Perkahwinan mereka sebenarnya mendapat tentangan hebat daripada keluarga Fatimah yang membuatkan mereka meninggalkan kampung lalu memulakan kehidupan sendiri sebagai suami isteri di bandar.

Status Khaufli yang masih menuntut di Maktab Perguruan telah membuatkan dia terpisah daripada isteri dan anak-anaknya. Situasi lantas menimbulkan perasaan cinta di hati gadis bernama Aminah yang sedaya mungkin untuk menggodanya.

Tetapi Khaufli tidak termakan godaannya yang menimbulkan perasaan tidak puas hati Aminah. Dalam pada itu Khaufli terpaksa redha dengan takdir yang menimpa hidupnya apabila isteri kesayangannya, Fatimah meninggal dunia kerana komplikasi mengandungkan anak ketiga mereka.

Dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya termasuk Wahid, teman baiknya yang telah membantunya membiayai pembedahan arwah Fatimah, Khaufli cuba meneruskan kehidupan di samping anak-anak kesayangannya.

Di situ dia bertemu dengan Cikgu Rozita, guru anaknya Taufik. Perkara itu menimbulkan cemburu dan amarah Aminah yang kemudiannya melakukan konspirasi jahat dengan ibu mertuanya yang masih mendendami Khaufli.

Tetapi satu hari pertemuannya dengan gadis teman isteri Wahid dikenali Najwa telah merubah segalanya. Apatahlagi wajah Najwa saling tak tumpah persis Fatimah, arwah isterinya.

Siapakah gerangan Najwa yang sebenarnya? Adakah Khaufli berjaya untuk memilih gadis yang selayaknya menggantikan tempat arwah Fatimah sekaligus menjadi ibu kepada anak-anaknya?

Saksikan lakonan Akhbar Azmi ini dengan dibantu Sheera Iskandar, Wan Maimunah, Hafizuddin dan Ozlyn Wati menerusi Fatimah Najwa yang disiarkan mulai 28 Ogos 2008, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KETUK-KETUK RAMADAN BERSAMA SHEILA RUSLY

Album Solo Terbaru Irwansyah SOLITER