in , , ,

Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Haq, Anak Sulung Sheila Rusly

Tahniah buat Elisya Sandha yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung kepada penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada Ahad.

Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, petang tadi. Sheila Rusly meluahkan rasa syukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

“Ya betul Elisya sudah bertunang dengan Uzair. Majlis pertunangan mereka juga berjalan dengan lancar pada petang tadi (Ahad). Alhamdulillah… Insya-allah mereka akan nikah tidak lama lagi,” 

– Sheila Rusly
Elisya Sandha Bertunang

Sheila berkata, majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu itu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga aktres popular, Fasha Sandha.

“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.

“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,”

– Sheila Rusly
Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Haq

Sebelum ini, Sheila menerusi Instagram hanya berkongsi foto sedang memeluk seorang wanita berpakaian putih seperti pengantin dari belakang namun rata-rata netizen meneka individu tersebut adalah Elisya.

Sekeping foto adik kepada pelakon Fasha Sandha yang lengkap dengan solekan turut dimuat naik oleh seorang jurusolek bernama Ijoy menjadi perhatian netizen di laman sosial.

Dalam pada itu, menerusi Instagram suami kepada Sheila iaitu Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya turut memuat naik video memperlihatkan Elisya disamping ibunya iaitu Hatijah Teh Man dan bakal ibu mentuanya.

Sementara kelibat Uzair yang mengenakan pakaian sedondon berwarna putih pula cuma dapat dilihat dari belakang.

“Teman dia macam mana papa teman mama,” tulisnya.

Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Haq

Sheila berkata, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.

“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.

“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,”

– Sheila Rusly
Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Haq

Mengulas kriteria Elisya membuatkan hati terbuka menerimanya sebagai bakal menantu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mendedahkan, selain gadis idaman Haq, pelakon Misteri Mona itu juga diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.

“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa. 

“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,”

– Sheila Rusly
Elisya Sandha Bertunang

Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Sementara itu, Elisya ketika dihubungi meluahkan rasa syukur dengan statusnya sebagai tunangan orang.

“Maaf saya agak sibuk hari ini. Apa-apapun, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik. Terima kasih,”

– Elisya
Elisya Sandha Bertunang

Majlis pertunangan itu turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial mereka.

Ruang komen di perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang teruja melihat mereka akan menerima kehadiran menantu sulung dalam keluarga tidak lama lagi.

Elisya Sandha Bertunang

Sebelum ini, Elisya pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Uzair namun dia menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan mereka hanya sekadar kawan baik sahaja.

Sekitar 2018, hubungan pelakon drama Misteri Mona itu dengan Uzair dikhabarkan sudah berakhir namun sejak tahun lalu, mereka dilihat kembali menjalinkan hubungan rapat.

*Sumber: Bh Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Achey Sumbang 10,000 Cecair Pembasmi Kuman Kepada Sekolah & Pusat Tadika

“Anugerah Amat Bermakna Untuk Saya & Arwah Suami Tercinta Johan Nawawi,” – Datuk Nora Ariffin