in

Kuasa Viral Penyelamat Masalah Dalam Telemovie KERANA SYURGAMU

Tidak dinafikan kuasa viral menyumbang impak yang besar dalam kehidupan seharian kita. Tidak kira lah dalam apa jua perkara yang berlaku contohnya kesukaran hidup yang dilalui seseorang jika dikongsikan mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Apatahlagi dengan masyarakat kita yang sememangnya mudah menghulurkan bantuan begitu juga dengan sokongan. Sedikit sumbangan jika dikumpulkan mampu membuatkan seseorang kembali senyum dan menjalani kehidupan seperti orang lain.

Kuasa Viral Penyelamat Masalah Dalam Telemovie KERANA SYURGAMU Khas Hari Ibu di TV2

Berkongsi plot kisah di sebalik bantuan yang dihulurkan orang ramai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena meraikan golongan ibu menyiarkan telemovie bertajuk “Kerana Syurgamu” pada 12 Mei ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Menampilkan pelakon Vanidah Imran, Pekin Ibrahim, Jasmin Hamid, Fazlina Dato’ Haji Ahmad Daud, dan Izuan Fikri, telemovie arahan Khir Rahman ini memaparkan kisah perjuangan dan pengorbanan seorang ibu yang tiada kayu pengukurnya.

Penonton diajak mengenali watak utama wanita bernama Hawa, seorang ibu yang kurang upaya tinggal bersama anaknya Adam di sebuah rumah pangsa di ibukota. Adam mengidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan dan tidak boleh kepenatan kerana akan cepat pengsan.

Ayah Adam, Hassan telah menghilangkan diri dari rumah dan ibunya terpaksa menjual kerepek untuk menampung perbelanjaan seharian mereka. Dia mendapat bekalan kerepek-kerepeknya daripada Bahar yang juga jirannya yang bersimpati dengan keadaan dia dan Adam.

Adam cuba membantu ibunya dengan berjualan kerepek juga tetapi dia telah dikejarkan ke hospital kerana pengsan dan terpaksa dibedah. Hawa telah dibantu oleh kawannya Ida yang juga penjual jalanan sepertinya dan Mazni kakak kepada Bahar yang sebelum itu memandang serong kepada Hawa dan menegah Bahar membantu Hawa.

Dani iaitu kawan baik Adam telah membuat video rayuan bagi mendapat sumbangan bagi pembedahan Adam dan dikongsi di alam maya. Video ini telah mendapat sambutan orang ramai sehingga wang sumbangan terkumpul.

Namun berjayakah Adam dibedah dengan selamatnya? Adakah peluang untuk Hassan meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inaugural 2017 MTV Movie & TV Awards Winners List

Elica Juara Mentor Milenia 2017